Rupanya, kekasih saya itu berstatus suami orang - Utusan Malaysia

Rupanya, kekasih saya itu berstatus suami orang

PERNAH tak saudari berfikir apakah perasaan isteri apabila tahu diri dicurangi? - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Saya berusia 25 tahun dan saya bercinta dengan seorang lelaki. Baru-baru ni, saya dapat tahu bahawa dia berstatus suami orang. Walaupun saya marah, tapi saya sangat mencintainya. Salah ke saya mencintai suami orang?

Ros, Pahang

Jawapan:

Mencintai dan dicintai itu anugerah. Sebagai manusia, sudah pasti keinginan untuk mencintai dan dicintai wujud dalam hati setiap orang.

Persoalannya, dengan siapakah anda memberi cinta? Menjawab persoalan sama ada salah atau tidak mencintai suami orang, secara logiknya mencintai itu tidak salah tetapi mencintai suami orang itu adalah perbuatan salah. Perbuatan tersebut boleh menyebabkan kerosakan rumahtangga dan haram hukumnya.

Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa menipu dan merosakkan (hubungan) seorang hamba dari tuannya, maka ia bukanlah bahagian dari kami. Dan barang siapa merosakkan (hubungan) seorang wanita daripada suaminya, maka ia bukanlah bahagian dari kami”.

Menurut pandangan Imam Syafie, wanita yang menganggu dan mengoda suami orang dengan sengaja sehingga meruntuhkan rumahtangga mereka adalah tidak bermoral dan berdosa besar.

Ayat ini jelas menunjukkan Islam memandang serius isu ini. Sebagai seorang wanita, pernah tak saudari berfikir apakah perasaan isteri apabila tahu diri dicurangi?

Jika benar saudari seorang wanita yang baik, saudari pasti tidak melibatkan diri dalam percintaan ini.

Kesilapan mencintai orang yang salah akan menyebabkan saudari terluka dan derita.

Menghapuskan rasa cinta itu bukan suatu yang mudah tapi tidak mustahil jika saudari benar-benar ingin mengubah diri dan menyelamatkan rumahtangga orang yang saudari cintai.

Teruskan berjalan ke hadapan mudah-mudahan ada lelaki yang lebih baik akan hadir untuk saudari kelak. Saya kongsikan cara untuk saudari move on:

* Minimunkan masa berhubung dengan kekasih – Kurangkan menghubungi, whatsapp dan bertemu. Banyakkan mengambil ruang untuk muhasabah diri dan fokus perkara yang membahagiakan diri.

* Simpan perasaan cinta anda kepada yang halal – Mencintai sahaja tidak memberi makna jika tidak dapat memiliki. Sampai bila hubungan terlarang ingin diteruskan. Jika dia seorang yang baik, sudah pasti beliau tidak akan melukakan perasaan isteri dan anda. Fikir dan berilah ruang kepada diri untuk berfikir lebih matang.

* Keluarga dan rakan-rakan mungkin akan menjauhi anda. Ibu bapa pasti inginkan kebahagiaan untuk anak-anak. Memilih hubungan yang tidak diredai jarang berakhir dengan baik dan ada insan yang bakal terluka.

* Hidup yang lebih tenang – mencintai secara bersembunyi akan menyebabkan hidup anda tidak tenang. Terpaksa berfikir dan bersembunyi apabila ingin bertemu. Tindakan ini sangat tidak memberi keselesaan dan menyebabkan percintaan anda tidak bebas dan tenang.

* Berlapang dada – Terima bahawa setiap pertemuan yang hadir adalah satu pengalaman untuk anda. Anda perlu membuat pilihan terbaik untuk diri anda merasai kebahagiaan.

* Berdoa – Perasaan cinta yang hadir dengan izin Allah. Banyakkan berdoa agar Allah hilangkan rasa cinta yang salah dan berikan anda jodoh yang terbaik sebagai ganti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya