MENU Seri kali ini amat istimewa kerana diinspirasikan daripada bekas Gabenor Sri Lanka, mendiang Graeme Thomson.
Resipi asli turun-temurun dikenali sebagai ayam kochchi mula diperkenalkan pada 1932 lagi
di negara berkenaan dan masih terus dipertahankan hingga kini.
Segelintir kita mungkin tidak pernah mendengar mahupun menikmati sajian ini, tetapi keenakan rasanya pasti membuat hati tertambat.
Sentuhan gabungan timur dan baratnya, sesuai untuk dihidangkan buat seisi keluarga.
BAHAN-BAHAN
Untuk perapan pertama
-170 gram (g) ayam (tanpa
tulang).
-5 g buah pelaga (serbuk).
-10 g halia (dikisar).
-10 g bawang putih (dikisar).
-15 g cili hijau (dikisar).
-5 g garam.
-10 mililiter (ml) cuka.
Untuk perapan kedua
-15 g cili (dicincang).
-10 ml air limau.
-5 g garam.
-20 g krim keju.
CARA PENYEDIAAN
-Gaul serbuk pelaga bersama bahan kisar, garam dan cuka dalam mangkuk bagi dijadikan
sos perapan.
-Masukkan ayam dalam bahan perapan berkenaan.
-Kemudian perap ayam dalam peti ais selama 24 jam.
-Keluarkan perapan dan gaul rata bersama cili hijau, air limau, garam dan krim keju.
-Panggang ayam antara lima hingga enam minit.
-Sedia dihidangkan dengan sos kochchi. -UTUSAN