Anak tertekan ibu bapa suka bergaduh - Utusan Malaysia

Anak tertekan ibu bapa suka bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN
Ibu bapa saya sering bergaduh di hadapan saya dan adik-adik. Ia memberi tekanan kepada kami. Saya risau adik saya yang masih kecil membesar dalam keadaan persekitaran negatif sangat merisaukan. Apa yang saya perlu lakukan?

Abang long

Jawapan:

Keluarga bahagia pasti menjadi idaman bagi setiap ahli keluarga. Adanya ayah yang penyayang, ibu yang penuh kasih sayang dan adik beradik yang ceria. Rumah tangga yang bahagia pasti dapat melahirkan insan-insan berjiwa tenang.

Namun begitu, tidak semua orang dapat merasai kebahagian rumah tangga yang diimpikan kerana lumrah kehidupan pasti ada ujian dan cabaran mendatang. Ujian ini hadir sebagai satu cabaran untuk menguji sejauh mana keteguhan dalam sesebuah rumah tangga.

Dalam menghadapi cabaran ini, ada keluarga yang gagal mengharungi ujian ini lantas mengakhiri rumah tangga mereka dengan membawa haluan sendiri dan banyak keluarga yang berjaya menghadapi ujian ini dengan jayanya sehingga dapat melahirkan keluarga bahagia sehingga akhir hayat mereka.

Sebagai seorang anak, wajarlah sekiranya anda menzahirkan rasa risau dengan sikap kedua ibu bapa, tambahan pula adik-adik yang masih kecil melihat pergaduhan dan persekitaran toksik setiap hari, sudah pasti akan mempengaruhi emosi mereka dalam proses membesar.

Sebagai anak yang hebat, menjadi kewajipan kepada anak-anak untuk berbuat baik dan menghormati kedua ibu bapa mereka. Justeru itu, anda perlu membantu ibu bapa untuk mendapat kesedaran iaitu dengan cara:

• Mengenalpasti punca pergaduhan antara kedua ibu bapa.

• Memberi teguran kepada ibu bapa dengan cara terbaik tanpa menderhakai mereka.

• Tetap bergaul dengan baik walaupun ibu bapa tidak memberi contoh yang baik.

• Menunjukkan contoh tauladan yang baik semasa berada dirumah.

• Minta bantuan daripada rakan atau saudara-mara yang rapat dengan ibu bapa. Manfaatkan mereka untuk menasihati ibubapa.

• Memperbanyakan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan antara ahli keluarga seperti makan dan solat bersama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya