RAMAI memilih suntikan kolagen, filler dan sebagainya pada wajah kerana dapat membuatkan kulit muka kelihatan cantik dan muda dengan pantas.
Namun sebenarnya ia boleh menimbulkan kesan sampingan yang berbahaya untuk jangka masa panjang antaranya wajah membengkak, alahan, parut dan sebagainya.
Sebaiknya pilihlah rawatan tanpa suntikan yang tidak berbahaya seperti Rawatan Micro Power atau Micro Power Treatment.
Jelas Tenaga Pengajar dan Pengasas Beauty Expert Academy, Mastura Idris, Micro Power adalah merupakan rawatan menggunakan mesin teknologi canggih tanpa suntikan yang dapat menembusi ke dalam kulit.
“Rawatan Micro Power ini menggunakan teknologi pemprosesan moden untuk mencipta inovasi suntikan.
“Berbeza dengan mesoterapi berasaskan jarum, rawatan ini menggunakan mikrocip dengan banyak pin untuk membekalkan nutrien dan keperluan kepada lapisan kulit paling bawah.
“Rawatan ini boleh mencerahkan dan membaiki kulit penuaan, meningkatkan kolagen, menghilangkan kedutan dan bintik-bintik hitam, memperbaiki seri kulit serta membantu untuk wajah lebih tegang,” kongsinya kepada Utusan Malaysia.
Kata Mastura, rawatan ini tidak menyakitkan dan berbeza dengan laser treatment. Kesan perubahan pada wajah juga dapat dilihat seawal selepas melakukan rawatan.
Mastura menjelaskan, rawatan ini menggunakan cecair berasaskan lemak ikan salmon yang membantu meresapi vitamin agar wajah tampak lebih bermaya serta sihat kembali di samping beri lembapan pada kulit.
Selain itu, kandungan ikan salmon membantu mengekalkan awet muda pada wajah manakala kandungan protein pula menyihatkan kulit dan meningkatkan metabolisme.
“Ikan salmon mengandungi omega 3, asam amino, vitamin A, vitamin C, antioksidan yang baik untuk kesihatan kulit wajah. Cecair lemak ikan salmon inilah yang akan merawat kulit,” ujarnya.
KEBAIKAN RAWATAN MICRO POWER
Membantu kulit wajah tampak lebih cerah.
Menyingkirkan lingkaran gelap bawah mata dan kedutan di sekeliling mata.
Menegangkan dan memberi lembapan pada kulit wajah.
Merangsang pembentukan saluran darah.
Membuang toksin dalam kulit.
SIAPA YANG BOLEH LAKUKAN RAWATAN INI?
Seawal 19 hingga 60 tahun. Semua jenis kulit juga boleh melakukan rawatan ini. Juga disarankan bagi yang telah akil baligh dan mempunyai masalah kerosakan kulit, berjerawat, keradangan kulit dan kekurangan kolagen.
BERAPA KALI RAWATAN UNTUK KESAN SEMPURNA?
Untuk mendapatkan kesan yang sempurna, individu digalakkan untuk sentiasa konsisten melakukan rawatan Micro Power ini setiap dua kali sebulan. Kesannya akan kelihatan tiga hari selepas rawatan dijalankan.
PERSEDIAAN RAWATAN
Tidak perlu buat persediaan apa-apa kerana rawatan Micro Power bukanlah rawata suntikan ia hanya merawat ke lapisan epidermis sahaja.
SELEPAS RAWATAN
Selepas rawatan wajah boleh didedahkan ke matahari. Boleh terdedah kepada cuaca luar atau matahari dan tetapi wajib menggunakan krim pelindung matahari SPF 60 PA+++.