Cederakan diri petanda stres - Utusan Malaysia

Cederakan diri petanda stres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan

Saya seorang gadis yang ceria. Namun sejak akhir-akhir ini, saya lebih suka hidup menyendiri. Setiap kali saya berasa tertekan, saya akan mencederakan diri sendiri. Adakah itu perbuatan yang normal?

Zaharah

Jawapan

Tingkahlaku mencederakan diri adalah satu perbuatan yang tidak normal.

Perbuatan ini tidak boleh dipandang ringan oleh pelaku atau orang sekeliling yang melakukan perbuatan tersebut.

Non-Suicidal self-harming behaviour atau perbuatan mencederakan diri tanpa niat untuk membunuh diri seperti menggunakan objek tajam untuk mencalarkan kulit dan memukul bahagian badan.

Perbuatan ini berlaku kepada individu yang mengalami kemurungan dan tekanan perasaan.

Mereka tidak dapat meluahkan emosi dengan perkataan, ingin merasai kesakitan secara fizikal bagi mengantikan kesakitan emosi, sebagai hukuman kepada diri apabila melakukan kesilapan dan mungkin juga sudah menjadi tabiat.

Perbuatan ini amat membimbangkan sekiranya ia berterusan.

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi self-harm, ialah:

* Kendalikan emosi dengan baik – Apabila anda merasakan emosi tidak stabil, anda boleh cuba mendiamkan diri selama 15 minit.
Beri pujian kepada diri sekiranya dalam tempoh tersebut anda tidak mencederakan diri.

* Berkongsi perasaan dengan keluarga, rakan dan kaunselor – elakkan daripada menyendiri.

* Sentiasa berada bersama orang terdekat – Alihkan fikiran anda dengan berbicara isu-isu yang memberi ketenangan kepada anda

* Menyediakan ‘kotak ceria’ – Cara ini bertujuan untuk membantu menghilangkan dorongan self-harm saat bersendirian. Siapkan kotak dan isikan barang-barang yang biasa anda gunakan seperti kertas, puzzle, buku dan lain-lain untuk mengalihkan perhatian saat dorongan untuk menyakitkan diri muncul.

* Menulis jurnal – Menulis dapat membantu anda mencari sebab apabila timbul keinginan untuk mencederakan diri. Anda boleh menulis apa sahaja yang diingini seperti apa yang terjadi hari ini, bagaimana perasaan anda. Penulisan dapat membantu anda celik akal kenapa anda perlu mencintai diri anda sendiri.

* Mencari kaedah untuk mengalih tingkahlaku pengganti seperti berolahraga – Kegiatan olahraga dapat membantu melepaskan ketegangan fizikal dan mengatasi tekanan yang menjadi punca masalah. Anda boleh berjalan-jalan ditaman, melompat dan berlari-lari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya