Memandu sambil mekap pun patut kena denda - Utusan Malaysia

Memandu sambil mekap pun patut kena denda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERADA dalam kesesakan lalu lintas atau sambil-sambil menunggu lampu isyarat hijau, memang pelbagai gelagat pemandu boleh kita lihat.

Paling ramai tentulah yang sibuk layan telefon. Walaupun guna telefon bimbit semasa memandu boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara maksimum tiga bulan, ramai yang tidak ambil pusing mengenainya.

Tidak takut dengan nilai dendaan atau boleh jadi juga sebab memikirkan ‘mustahil’ ia berlaku pada diri sendiri.

Hampir setiap hari memandu sambil tengok telefon masa memandu menjadikan kita sudah terbiasa dengan perbuatan itu malah menjadi kelaziman pula, biarpun kita tahu ia boleh mengundang bencana seperti kemalangan.

Perbuatan berkenaan menyebabkan tumpuan terhadap pemanduan berkurang terutamanya jika pemandu meletakkan peranti itu di peha semasa memandu atau memegang.

Saya pasti ramai daripada kita pernah berdepan dengan situasi pemandu sedang menggunakan telefon sewaktu memandu.

Bila fokusnya bukan ke arah pemanduan sebaliknya pada telefon, mulalah memandu tidak tentu arah.

Kadangkala beri isyarat ke kiri tetapi masuk simpang ke kanan. Ramai juga yang pakai masuk sahaja tanpa beri sebarang isyarat.

Dulu masa tiada telefon, kita relaks saja memandu dengan tenang, tetapi bila ada telefon kita jadi kalut.

Takut sangat agaknya terlambat terima informasi dan perkembangan semasa di internet, sedangkan kita lupa yang kita sedang menyusahkan orang lain dan mungkin boleh tunggu dengan berhenti di tempat selamat sebelum melayarinya.

Tak kanlah hari-hari kehidupan kita ini penuh dengan kekalutan?

Memandu memerlukan tumpuan sebab ia mendedahkan kita dengan pelbagai kemungkinan.Namun yang menghairankan apabila ada segelintir pempengaruh media sosial menjadikan pemanduan sebagai ruang bermekap.

Seperti biasa, ada saja pengikutnya yang melakukan aksi sama dengan alasan ia trend.

Mudah betul terikut-ikut benda yang tidak baik dan semakin menjadi-jadi pula tu.

Dalam kalangan pempengaruh pun satu, biarpun ia cuma sekadar lakonan tetapi berpada-padalah dan tunjuk contoh yang baik.

Nak cepat sangat hingga tidak ada masa bersiap di rumah? Biasakanlah diri bersiap sebelum keluar rumah.

Bukannya waktu memandu itu, waktu itulah juga nak bermekap. Memang patut kena denda.

Usah jadikan ia sesuatu kebiasaan yang membahayakan diri dan orang sekeliling.

Jadikan memandu suatu disiplin dan tanggungjawab. Kita selalu mengeluh bila generasi muda tidak suka patuh kepada arahan sedangkan kita lupa kita bagaimana.

Nor Afzan Mohamad Yusof Pengarang Rencana, Utusan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya