cat luar rumah tahan lama

Tips pilih cat luar rumah lebih tahan lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Memilih cat untuk luaran rumah bukan sesuatu yang mudah apatah lagi untuk mengekalkan kecantikan warnanya.

Memandangkan ia sering terdedah kepada perubahan iklim seperti panas dan hujan saban hari.

Terdapat beberapa elemen yang perlu diberi perhatian sebelum memilih cat yang sesuai untuk diletakkan pada bahagian luar rumah

Antaranya ketahanan pada cuaca, ketebalan cat dan fungsinya dalam melindungi permukaan dinding.

Ketiga-tiga fungsi ini dilihat ada pada cat keluaran Akzonobel yang baharu iaitu Dulux Weathershield Powerflexx.

Siri terbaharu Weathershield itu memanfaatkan Teknologi Pertahanan Tiga Lapisan Weathershield yang memberikan perlindungan tahan lama bagi rumah dengan jaminan perlindungan hingga 12 tahun.

Teknologi Pertahanan Tiga Lapisan tersebut dapat mengharungi iklim dan cuaca yang semakin tidak menentu pada ketika ini.

Selain itu, inovasi terbaharu ini juga mempunyai fungsi mengatasi masalah rekahan permukaan dinding memandangkan ia mempunyai ketebalan cat yang baik selain komposisi filem yang kuat.

Pada masa yang sama, ia boleh direntangkan.

Selain melindungi dinding daripada kesan rekahan, inovasi baharu ini juga mempunyai ciri kalis air, memberi perlindungan terhadap alga, kulat, pembentukan alkali dan pengupasan cat.

Justeru, ia memastikan kediaman kekal menawan dalam tempoh masa yang lama.

Sementara itu, Pengarah Komersial SEAP AkzoNobel Decorative Paints, Wasantha Heenatigala berkata, keluaran terbaharu itu menggabungkan sains, inovasi, dan imaginasi untuk mencipta produk yang berkualiti dan bermanfaat.

“Contoh yang baik adalah ciri ketahanan Dulux Weathershield Powerflexx dengan catnya yang mampu bertahan lebih lama, justeru mengurangkan kekerapan tugas mengecat semula,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya