resipi shawarma mudah

Shawarma penuh rasa, buat sendiri di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sejak kebelakangan ini makanan asal Asia Barat ini semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat tempatan.

Hinggakan salah satu kedai yang menawarkan hidangan ini di ibu kota sering menerima kunjungan pelanggan yang ramai.

Melihatkan daripada video tular di laman media sosial, ada yang sanggup beratur panjang daripada siang hingga ke malam semata-mata demi menikmati ‘sebalut’ Shawarma ini.

Namun, sebenarnya ia boleh sahaja dimasak sendiri di rumah, cuma memerlukan sedikit kerajinan.

Minggu ini Seri kongsikan resipi ringkas daripada Irshazwan Abd. Ghani yang pernah mengusahakan gerai Shawarma suatu ketika dahulu.

Bahan-bahan

1 kilogram dada ayam atau daging
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil bunga cengkih
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk buah pelaga
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/2 sudu kecil serbuk oregano
1/2 sudu kecil serbuk buah pala
1/2 sudu kecil lada hitam
1/4 sudu kecil serbuk halia
1/4 sudu kecil serbuk cili
1/2 cawan jus lemon segar
1/4 cawan minyak
500 gram yogurt

Cara memasak

1. Kisar semua bahan perapan dan perap pada daging atau ayam . Lebih lama lebih sedap.
2. Bakar daging atau ayam di atas pemanggang.

3. Apabila separuh masak, angkat dan potong nipis daging atau ayam.

4. Grill sekali lagi untuk rasa yang lebih smoky.

5. Balutkan daging atau ayam bersama sayur pilihan di dalam roti pita.

6. Tambahkan sos bawang putih atau sos keju mengikut citarasa tersendiri. Sedia dihidangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya