salad ketam

Salad ketam pembuka selera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGELINTIR individu amat menitikberatkan mengenai menu pembuka selera atau appetizer setiap kali menikmati hidangan terutama di restoran atau hotel.

Penyediaan sajian itu berfungsi untuk merangsang selera seseorang dan bukan untuk mengenyangkan.

Ia boleh dihidangkan sama ada secara sejuk atau panas.

Sebagai menu pertama, lazimnya menu-menu appetizer mudah dan cepat untuk disediakan.

Minggu ini Seri kongsikan resipi salad ketam pembuka selera bagi dicuba di rumah. 

Sajian ini seolah-olah membawa anda dan keluarga menikmati hidangan makan malam di restoran mewah.

Bahan-bahan: 

-2 ekor ketam 

-100 gram mayones

-50 gram telur ikan

Cara penyediaan:

-Kukus ketam selama 8 minit sehingga isinya masak dan tutup api.

-Sejukkan ketam dengan memasukkannya dalam air dicampur ais. Proses ini membantu mendapatkan tekstur yang lebih keras. 

-Kemudian, keluarkan dan korek kesemua isi ketam secara perlahan-lahan.

-Gaul isi ketam bersama mayones dan telur ikan.

-Hidangkan dalam mangkuk atau piring dan hiaskan mengikut gaya pilihan masing-masing.

-Sedia untuk dimakan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya