Slit dress adalah rekaan dress yang mempunyai belahan di sisi tubuh. Potongan ini akan memberikan ilusi kaki yang lebih panjang dan boleh membuat si pemakai kelihatan lebih langsing.
Cadangan saya apabila ingin menggayakan slit dress ini, suai padankan dengan seluar palazzo, culottes, atau straight cut untuk gaya yang sopan dan kontemporari.
Slit dress sebegini selalunya boleh dipakai untuk pelbagai acara, termasuk majlis rasmi dan acara kasual.
Untuk minggu ini, pilihan saya adalah Kayla Slit Dress dari jenama tempatan Qiszar.
Qiszar menawarkan pilihan dress moden dengan potongan yang terkini dan gaya yang elegan.
Rekaan dari jenama ini sesuai untuk gaya berpakaian yang sopan. Kayla Slit Dress ini menggunakan material Premium Satin Valentino yang menawarkan keselesaan dan kemudahan bergerak, sambil memberikan penampilan yang sopan dan anggun.
Rekaan ini juga mempunyai zip dibahagian belakang dan di lengan baju.
Untuk kelihatan moden, padankan Slit Dress ini dengan seluar palazzo. Seluar palazzo adalah seluar yang longgar dengan potongan kaki lebar dan mengalir.
Seluar ini biasanya diperbuat daripada bahan yang ringan dan mudah jatuh, seperti kain sutera atau linen.
Menariknya, suai padan Slit Dress dengan seluar palazzo akan memberikan kesan ilusi kaki yang lebih panjang dan ramping untuk dirimu.
Seluar palazzo selalunya sesuai untuk dipadankan dengan aksesori yang minimalis.
Pilihlah anting-anting yang panjang dan elegan, gelang atau rantai yang halus, dan jam tangan yang mempunyai rekaan yang ringkas. Pastikan aksesori tersebut tidak terlalu besar, supaya fokus tetap pada busanamu.
Seluar culottes sering dipilih bagi fashionista yang inginkan gaya yang lebih moden, santai dan trendy.
Seluar potongan sebegini sangat on-point apabila dipadankan dengan Slit Dress atau blaus yang simple.
Seluar culottes ini mempunyai potongan lebar dan longgar yang menyerupai skirt atau gaun. Jika dirimu memiliki bentuk tubuh badan yang kurus, seluar culottes dapat menambahkan dimensi proportion badanmu dan memberikan penampilan yang lebih seimbang.
Pilihlah seluar culottes yang mempunyai potongan sedikit mengembang untuk menciptakan kesan lekuk pada pinggul.
Jangan lupa untuk menambahkan aksesori seperti tali pinggang atau kasut tumit tinggi untuk memberi gaya yang tersendiri.
Bagi dirimu yang petite, elakkan daripada memilih seluar culottes, kerana dirimu akan kelihatan tenggelam.
Adalah penting untuk mengambil kira bentuk tubuh dirimu apabila ingin menggayakan Slit Dress ini.
Jika dirimu mempunyai bentuk tubuh badan yang lebih langsing, suai padankan busanamu dengan seluar palazzo.
Gaya ini akan menonjolkan siluet tubuhmu dengan lebih baik. Bagi dirimu yang mempunyai pinggul yang lebih besar, seluar culottes atau straight cut yang longgar akan memberikan keseimbangan kepada tubuhmu.
Percayalah pada diri sendiri dan pilihlah pakaian yang akan membuatkan dirimu confident dan selesa.
Meskipun ada panduan kesesuaian untuk pelbagai bentuk tubuh badan, eksperimentasi adalah part of your fashion journey.
Percayalah pada instinct fesyenmu dan bermain-mainlah dengan gaya yang sesuai dengan keperibadianmu.