Tak mampu berkongsi kasih - Utusan Malaysia

Tak mampu berkongsi kasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan

Saya berkahwin selama tiga tahun dan belum mempunyai anak. Saya sakit dan tidak mampu membahagiakan suami. Saya menyuruh suami berkahwin lain. Saya terkejut bila suami bersetuju. Apa yang harus saya buat sebab saya mulai rasa cemburu?

Isteri Pasrah

Jawapan

Tidak semua wanita mampu melalui hidup bermadu. Bagi kes puan, suami dan puan ada sebab tersendiri mengizinkan suami untuk berkahwin lain iaitu kerana faktor kesihatan dan zuriat. Apa yang puan boleh lakukan:

* Sebelum puan membuat keputusan terbaik, pastikan puan sudah memikirkan sedalam-dalamnya tentang pilihan tersebut.

* Menerima cadangan suami bermakna puan perlu bersedia segala-galanya. Jika puan ingin menolak cadangan suami, berbincang semula dengannya dan maklumkan tentang kesan tekanan dan akibat kepada diri puan.

* Walaupun hidup bermadu dihalalkan oleh agama Islam, puan dan suami perlu jadi individu matang dan bijak dalam mengatasi masalah yang timbul selepas itu. Bukan calang-calang pasangan dapat menempuhnya. Ini kerana seringkali berlaku pentengkaran antara madu walaupun pada awalnya telah bersetuju untuk berkongsi kasih.

* Dapatkan restu keluarga. Paling penting ikhlaskan diri lantaran dalam setiap pilihan, perlu bersandarkan kepada Allah SWT.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya