Soalan
Saya ada seorang ibu mertua yang baik. Cuma ibu mertua mempunyai tabiat yang suka mengumpul barang barang lama dan disimpan di dalam rumah.
Ini menyebabkan rumah menjadi sempit dan tidak terurus. Apa yang membuatkan saya buntu dia akan berkecil hati jika barangannya terusik. Saya serba salah, saya ingin rumah ibu mertua lapang dan kemas.
Menantu prihatin.
Jawapan:
Suka mengumpul barang-barang lama dan tidak digunakan, memberi petanda seseorang itu ada penyakit mental. Penghidap Hoarding Disorder ini, suka menyimpan barang, keinginan tinggi dan sukar untuk membuang barang yang dimiliki walaupun sudah rosak atau berusia bertahun-tahun lamanya.
Apa yang boleh puan lakukan:
Pernah tak puan menonton sebuah filem Thailand bertajuk Happy Old Year. Filem ini mengisahkan tentang konflik anak dan seorang ibu yang suka menyimpan barang. Ambil pengajaran dari kisah tersebut.
Puan boleh mengajak ibu mertua untuk turut sama menonton jika perlu.
Berikan kesan buruk dan akibat kepada ibu mertua, dan tunjukkan hasil serta bukti jika tabiat itu kekal. Contohnya tunjuk gambar rumah individu lain.
Dapatkan kerjasama dari suami puan supaya memberikan dorongan kepada ibunya agar mengurangkan tabiat agar kekal lebih sihat dan tenang.