Anna suka kucing cantik, segak - Utusan Malaysia

Anna suka kucing cantik, segak

Anna Jobling bela 14 ekor kucing pelbagai baka dan jenis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Keseronokan menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan sanak saudara masih terasa malah kenangan meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa itu, masih segar dalam ingatan.

Di akhir Ramadan ramai memilih pakaian serba baharu, sepasang dua untuk dipakai di hari lebaran dan yang menariknya bagi pencinta kucing, baju haiwan peliharaan itu juga tidak dilupakan.

Bayangkan bukan tuannya sahaja segak berbaju Melayu dan sopan berkurung, si bulus juga sakan melaram.

Hobi memiliki koleksi pakaian kucing mengikut tema dan majlis kini semakin menjadi ikutan.

Pelakon Anna Jobling antara pencinta kucing. Beliau turut menjadikan mengumpul koleksi baju haiwan kesayangan itu, sebagai hobi yang menggembirakan.

Sejak kecil Anna dibesarkan dalam keluarga yang amat menyayangi haiwan terutama kucing.

“Ketika pulang ke rumah setelah seharian bekerja, saya akan meluangkan masa dengan kucing-kucing. Gelagatnya amat menghiburkan dan mampu menghilangkan penat. 

“Macam baru-baru ni, sibuk bagaimana pun, saya tetap luangkan masa melakukan persiapan hari raya termasuk dengan mencari baju untuk kucing saya,” ujarnya.

Bercerita mengenai hobi mengumpul baju kucing, katanya oleh kerana baju kucing kini menjadi trend dan minat dalam kalangan pencinta kucing, dia turut teruja memilikinya.

“Banyak baju kucing di pasaran, tetapi saya tidak beli sebarangan, sebaliknya pilih yang selesa iaitu yang menawarkan potongan cantik dan fabrik berkualiti sesuai dengan kucing yang aktif bermain,” katanya.

Anna membelikan kucingnya baju sebab mahu si manjanya itu kelihatan cantik dan segak.

Malah potongan baju kucing turut menarik perhatiannya kerana warna ditawarkan, menarik dan trendy.

Malah mengakui rambang mata dan sukar memilih sebab setiap satu sangat comel.

BUKAN PEMBAZIRAN

Tambah Anna, baju haiwan tidak dipakaikan pada kucingnya pada musim perayaan sahaja, sebaliknya boleh digayakan pada bila-bila masa.

Kongsi Anna, bila buat keputusan memelihara kucing, anggaplah ia lebih daripada sekadar haiwan peliharaan, sebaliknya jadikannya sebagai sebahagian daripada ahli keluarga sendiri.

“Sebabnya, bila sudah lama bersama kucing-kucing tersebut, akan timbul kasih sayang antara kita. Mereka (kucing) tahu menilainya. Kucing mempunyai deria rasa dan pandangan yang baik, jika kita berbuat baik, si bulus juga akan manja dan berbuat baik kepada kita,” katanya.

Pada Aidilfitri baru-baru ini Anna memilih empat baju untuk kucing kesayanga­nnya daripada koleksi dari DD Cat.

“Sangat menarik koleksi yang diperkenalkan dan Anna sempat memilih baju Melayu Simba, kurta Muezza, baju kurung Bella dan kebaya Luna. Rekaan baju Melayu Simba paling menarik kerana didatangkan dengan songket  bunga penuh sebagai kain sampin.

“Yang lebih menarik, syarikat tersebut turut mempelawa Anna berkolaborasi dan sudah tentu Anna menerima dengan tangan terbuka kerana mereka bukan sahaja memasarkan pakaian untuk kucing tetapi berusaha mencipta ikatan kasih sayang yang lebih erat antara kucing dan pemiliknya,” ujarnya.

Tambahnya lagi, misi jenama itu juga tidak hanya fokus kepada perniagaan tetapi turut menekankan soal kebajikan iaitu membela nasib haiwan khususnya kucing-kucing terbiar.

“Misalnya hasil jualan baru-baru ini sebanyak RM10,000, disumbangkan kepada lima pusat penjagaan dan perlindungan kucing terbiar. Sumbangan hasil jualan itu bertujuan membantu memastikan kehidupan haiwan-haiwan peliharaan yang terbiar, khususnya kucing diberi perlindungan sewajarnya.

“Anna turut diberi peluang terlibat secara langsung dalam produksi baju raya kucing apabila mendapat khidmat beberapa pereka berpengalaman mencipta dan menjahit supaya koleksi yang dihasilkan cantik dan berkualiti tinggi. Hasilnya memang sangat menarik dan unik. Selain pasaran tempatan, koleksi baju tersebut juga mendapat perhatian peminat di Singapura, Brunei dan Indonesia,” katanya.

Baju Raya Kucing DD Cat dijual pada harga RM39 hingga RM49.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya