Sukarkah mohon perceraian? - Utusan Malaysia

Sukarkah mohon perceraian?

Pasti ada sebab musabab tersendiri untuk berpisan. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan

Saya dan suami mengambil keputusan berpisah kerana kami tidak ada persefahaman lagi walaupun sudah mencari jalan perdamaian. Kami setuju berpisah secara baik, damai dan tiada isu-isu lain yang berbangkit. Bagaimanakah caranya. Adakah mudah dan cepat?

Indah Seroja

Jawapan

Pasti ada sebab musabab yang tersendiri untuk pasangan itu berpisan. Walaupun kita lihat setiap kes hampir sama, tetapi puncanya dan kisah disebaliknya, berbeza.

Jika puan dan suami sepakat berpisah dan tiada pergaduhan dan isu-isu lain, puan boleh memohon kaedah perceraian secara Fast Track. Proses ini membolehkan pasangan bercerai secara baik dan cepat untuk selesai. Apa yang puan boleh lakukan:

* Datang awal pagi ke mahkamah. Maklumkan puan dan suami ingin berpisah secara baik dan tiada pertelingkahan yang wujud. Berikan sebab-sebab yang jelas kenapa puan dan suami ingin berpisah.

* Pastikan puan dalam keadaan suci. Bersedia dengan dokumen-dokumen penting. Jika kes puan dapat didengari pada hari yang sama (bergantung kepada mahkamah) ia dapat diselesaikan dalam masa sehari saja.

* Puan boleh merujuk kepada mahkamah syariah terdekat untuk makluman lebih lanjut dan tepat.

———————
Ada masalah? Emelkan keraguan
anda kepada kami di [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya