Suami lafaz talak tapi enggan daftar - Utusan Malaysia

Suami lafaz talak tapi enggan daftar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan:

Suami saya pernah melafazkan talak tiga kepada saya, ketika kami sedang bertengkar dan suami dalam keadaan marah. Kini saya buntu sebab suami tidak mahu saya merujuk kepada mahkamah kerana risau jatuh talak. Kami masih serumah. Saya sayangkan rumahtangga dan anak-anak tetapi saya rasa berdosa dan sangsi atas status perkahwinan kami.

Isteri Rasa Berdosa

Jawapan:

Seperti mana yang kita tahu dalam agama Islam ada perkara-perkara yang tidak boleh di buat main sesuka hati. Pernikahan dan penceraian adalah hal yang penting dalam menentukan kehidupan berkeluarga.

Puan tidak boleh mendiamkan diri dalam hal ini dan perlu segera membuat pengesahan di mahkamah syariah. Selagi mana puan masih tinggal bersama suami dan tidak disahkan boleh jadi berdosa. Kerana masih tidak tahu status lafaz berkenaan.

Setiap pengesahan lafaz talak yang berlaku luar mahkamah perlu disahkan di mahkamah syariah terdekat, untuk memastikan jumlah bilangan talak yang jatuh adalah tepat dan sah.

Puan perlu bersedia daripada segi mental dan fizikal dengan hati yang terbuka atas apapun keputusan hakim.

Terdapat tatacara prosedur yang perlu puan lalui. Bertanyalah dengan pihak mahkamah.

Boleh juga dapatkan khidmat Biro Bantuan Guaman dengan bayaran yang minima (bagi yang kurang berkemampuan) untuk membantu puan menyelesaikan pengesahan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya