Roti John Kambing istimewa Ramadan - Utusan Malaysia

Roti John Kambing istimewa Ramadan

Roti John Kambing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Roti John dan murtabak merupakan antara juadah yang tidak asing setiap kali tiba bulan Ramadan.

Istimewanya resipi minggu ini, Seri bawakan hidangan roti John inovatif yang dipadankan dengan inti murtabak daging kambing.

Hidangan berkenaan merupakan perkongsian resipi Pemilik Adey Atre Burger Sungai Buloh, Ruhi Hatta Tamrin.

Katanya, berbeza dengan roti John biasa yang berasaskan telur, roti John kambing ini menggunakan bahan-bahan inti murtabak untuk rasa dan aroma yang lebih menarik.

Paling penting, bahan yang digunakan juga tidak terlalu banyak dan mudah untuk disediakan.

Bahan-bahan (anggaran 40 batang roti)

15 biji bawang Holland

3 bungkus serbuk kari

3 bungkus serbuk cili

450 gram rempah kurma

800 gram daging kambing

Cara-cara

Tumiskan bawang Holland.

Apabila sudah naik bau, masukkan serbuk kari, serbuk cili dan rempah kurma (tidak perlu bancuh dahulu).

Masukkan sedikit air.

Kemudian masukkan daging kambing dan tumis sehingga masak.

Perasakan mengikut kesukaan masing-masing.

Cara hidang

Belah tengah roti dan letakkan inti di dalam.

Letak mayonis dan sos lada hitam.

Siap untuk dihidangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya