Bunga serikan tata rias meja makan - Utusan Malaysia

Bunga serikan tata rias meja makan

Hiasan bunga segar di bahagian tengah menaikkan seri meja makan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Di hari raya, meja makanlah yang paling mendapat tumpuan.Di situ menjadi tempat sanak-saudara dan keluarga berkumpul untuk menjamu selera dengan juadah-juadah istimewa.

Oleh itu, dekorasi pada bahagian berkenaan juga begitu penting agar mampu membangkitkan suasana dan menjadikan masa berkumpul bersama keluarga lebih bermakna.

Minggu ini Seri kongsikan tips dekorasi meja makan sempena hari raya daripada salah seorang pengguna Instagram yang aktif dalam komuniti dekorasi di laman berkenaan.

Dikenali sebagai Wie Adam, wanita yang meminati alam semula jadi itu memilih untuk menata rias meja makan dengan tona warna tanah untuk membangkitkan tema berkenaan.

Katanya, dalam menghasilkan landskap meja yang cantik, ada tiga perkara yang perlu diteliti.

“Pertama, pemilihan warna. Memandangkan saya suka alam semula jadi, jadi untuk hiasan meja raya tahun ni saya memilih warna hijau dan coklat.

“Padanan warna penting untuk melengkapkan dan menaikkan suasana di ruang meja makan,” katanya.

Selain itu, konsep minimalis juga perlu diterapkan daripada segi set peralatan makan dengan menggunakan kutleri yang betul-betul diperlukan sahaja.

Ia bagi memudahkan tetamu untuk menikmati juadah dalam keadaan yang selesa.

Tambahnya, elemen penting yang perlu ada hiasan meja makan juga adalah hiasan tambahan.

“Kiranya ia macam bahagian tengah yang perlu ada iaitu bunga. Contoh macam saya sukakan bunga segar.

“Pilihan bunga segar menampakkan tablescape kita lebih menarik,” katanya.

Beliau yang turut menata rias seluruh kediaman dengan tema semula jadi berkata, tema itu menjadi pilihan selepas melawati beberapa rumah penginapan percutian di Bali, Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya