Soalan:
Sudah 13 tahun saya berkahwin. Sepanjang perkahwinan saya dan suami kerap bergaduh. Segala nasihat dan teguran saya berikan kepada suami, dia tidak terima.
Dia saja betul dan hebat. Sayalah yang bersalah. Walaupun pada hakikatnya, dia yang bersalah.
Tetapi untuk meminta maaf, jauh sekali. Segala apa diperkatakan berubah-rubah dan akan mengulang kembali kesilapan sama. Saya stress.Suami saya ada masalah Narsisistik personalitikah?
Isteri risau,
Jawapan:
Membina keserasian bukan sesuatu yang mudah. Ada sikap pasangan kita yang tidak ditampilkan malah tersembunyi semasa alam percintaan. Narsisistik personaliti seorang suami tidak akan kelihatan secara mata kasar, ia hanya akan dirasai oleh pasangan yang hidup bersama.
Puan boleh:
* Nyatakan kepadanya bahawa setiap kata-kata dan tindakannya itu menyebabkan puan rasa disakiti. Ini supaya dia sedar bahawa tingkah lakunya itu telah melukakan hati puan.
* Jika masih berlaku, jangan respon apa yang dilakukan. Abai dan fokus hal yang membuatkan puan gembira. Ini kerana dengan membalas berulang ulang kali akan menyebabkan puan lebih tertekan.
* Berhenti mengharap kata-kata maaf daripadanya jika dia memang mustahil berbuat demikian. Puan tidak perlu membina rasa bersalah dengan tindakan sendiri selagi apa yang lakukan adalah betul.
* Jika ingin mengekalkan kebahagian rumahtangga, terima suami seadanya dan belajar mengelakkan pertengkaran.
* Berkongsi pendapat dengan orang lain dan dapatkan sokongan moral daripada mereka serta berdoa memohon jalan terbaik untuk kehidupan puan.
————
Ada masalah? Emelkan keraguan anda kepada kami di [email protected]