Mungkin ada di antara kita yang pertama kali mendengar tentang masakan daging pesamah.
Menu ini merupakan antara hidangan tradisi yang popular di utara tanah air, terutama semasa majlis kenduri kendara, dahulu kala.
Selain nasi putih dan nasi minyak, ia turut sesuai dimakan bersama roti. Bagi yang belum pernah menikmatinya, bolehlah mencuba resipi Seri kali ini.
Terima kasih Mohazam Ahmad dari Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Kambing masak pesamah
Bahan-Bahan:
2 kilogram daging kambing (dipotong 4 segi)
7 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dikisar halus)
2 biji bawang Holland (dikisar halus)
3 sudu lada hitam (ditumbuk halus)
Rempah 4 sekawan
4 tangkai daun kari
5 helai daun pandan
1 tin susu cair
500 mililiter pati santan
200 mililiter air perahan asam jawa
2 sudu gula merah
500 gram rempah kari
3 sudu besar kerisik kelapa
Garam secukup rasa
5 biji bawang merah besar (dihiris untuk menumis)
7 biji bawang putih (dihiris untuk menumis)
Cara penyediaan
Perap daging dengan bahan kisar.
Masukkan rempah kari, sedikit garam dan gula merah serta kerisik.
Gaulkan sehingga sebati dan perap sehingga dua jam.
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan daun kari dan rempah empat sekawan.
Tumiskan bahan kisar berserta bawang yang dipotong sehingga naik bau.
Masukkan daging kambing yang diperap dan tuangkan santan serta susu cair. Masak sehingga pecah minyak.
Masukkan air perahan asam jawa dan garam.
Kacau sehingga daging lembut dan kuah agak pekat.
Masukkan garam secukup rasa.
Siap untuk dinikmati.