SOALAN:
Rumahtangga saya bahagia namun diuji dengan ibu kandung yang cuba mengoda suami saya. Kami serba salah ingin menegur perbuatannya itu. Apa perlu kami buat?
Pasangan Buntu
Jawapan:
Anak wajib mentaati ibu bapanya walau apa juga keadaan. Ketaatan kepada ibu bapa, perkara wajib, tetapi tidak dalam hal maksiat.
Berbincang dengan ahli keluarga, dapatkan panduan dan jalan terbaik untuk menasihati ibu.
Sementara waktu ini, jauhkan daripada ibu seperti pindah dari kawasan rumah ibu dan berbual hanya sekadar perlu.
Sekali sekala bawa semua keluarga ke majlis ilmu yang boleh membantu menyedarkannya. Begitupun, tetaplah berbuat baik dan mendoakan ibu agar hatinya terbuka untuk berubah.