Bolehkah suami failkan perceraian? - Utusan Malaysia

Bolehkah suami failkan perceraian?

Penubuhan Jawatankuasa Khas untuk mengkaji kedudukan perundangan syariah di negara ini merupakan langkah berhemat bagi menghormati bidang kuasa kehakiman antara mahkamah syariah negeri dengan Mahkamah Kehakiman Persekutuan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN:
Saya berkahwin kali pertama dan ini merupakan perkahwinan kedua bagi isteri saya. Isteri saya selalu memohon saya membelikan barang-barang keperluan yang tidak sepatutnya dan di luar kemampuan saya.

Jika tidak ditunaikan ia akan merungut-rungut. Ini membuatkan saya tertekan. Satu hari, saya tidak menunaikan permintaannya, dia mengadu akan memfailkan penceraian di mahkamah.

Dan saya juga sudah tidak tahan lagi dengan sikapnya, dan ingin menfailkan penceraian juga. Bolehkah saya sebagai suami bertindak sebegitu?

Suami keliru

Jawapan:
Dalam rumah tangga sikap tolak ansur itu amat penting. Sebelum berumah tangga, sebenarnya kita telah mengenali pasangan kita dari luaran sahaja, bukannya secara keseluruhan. Apabila berkahwin barulah kita akan kenal pasangan seluruhnya.

Dari situ akan timbul kelemahan-kelemahan yang tidak dijangkakan oleh pasangan. Maka terjadilah konflik. Isteri saudara perlu bersedia menerima kelebihan dan kekurangan dalam alam perkahwinan.

Seperti mana isteri, suami juga boleh menfaikan penceraian jika berlaku konflik dan tidak mahu lagi meneruskan perkahwinan.

Berdasarkan sebab-sebab yang tertentu, saudara boleh ke mahkamah syariah terdekat dengan bertanya lebih lanjut prosedur berkenaan dengan lebih jelas dan tepat. Jangan malu untuk bertanya.

Apapun saudara boleh berbincang semula dengan isteri sekiranya masih lagi ada ruang untuk diperbaiki. Libatkan keluarga bagi membantu saudara membuat keputusan jika perlu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya