Bila Bohemian, Melayu klasik bertemu - Utusan Malaysia

Bila Bohemian, Melayu klasik bertemu

Rotan dan warna kayu lengkapkan konsep semula jadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Suasana nyaman dan damai sememangnya sangat diperlukan apabila pulang ke rumah setelah menjalani hari yang memenatkan.

Disebabkan itu, ramai pencinta dekorasi ketika ini mula beralih kepada hiasan berasaskan konsep alam semula jadi untuk mencapai objektif berkenaan.

Seperti yang dikongsikan pemilik kediaman, Rara Solleh yang memilih untuk menata rias kediaman menerusi konsep alam semula jadi menggunakan pokok hidup.

Lebih menarik, konsep berkenaan dipadankan dengan tema Bohemian dan Melayu Klasik untuk membangkitkan suasana.

Nyaman dan mendamaikan rasa.

“Saya memilih tema ini kerana minat dan rasa cinta terhadap alam semula jadi.

“Setakat ini, tiada cabaran besar yang saya hadapi melainkan untuk mengekalkan kehidupan pokok-pokok di dalam rumah,” katanya.

Rutinnya setiap bulan adalah memindahkan pokok-pokok tersebut ke halaman rumah selama dua minggu.

Rara Solleh.

Selepas itu, pokok berkenaan akan dipindahkan semula ke dalam rumah untuk membersihkan udara.

Bagi penjagaan pokok di dalam rumah, kata Rara, pokok dibaja menggunakan baja pokok dua bulan sekali serta turut diberikan penggalak pokok setiap dua minggu.

Mengenai kelebihan tema dipilih itu, kata Rara, ia mudah dipadankan dengan pelbagai jenis perabot memandangkan memandangkan temanya menggunakan warna-warna neutral.

“Bohemian dan Melayu Klasik juga sinonim dengan barangan rotan. Barangan perabot rotan sentiasa malar segar. Setakat ini tiada kekurangan bagi saya,” jelasnya.

Selain itu, idea susun atur kebanyakan diperoleh daripada imaginasi sendiri serta laman Pinterest dan Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya