Memang seronok kalau dapat memasak sendiri snek untuk anak-anak atau kawan-kawan yang datang berkunjung ke rumah apatah lagi jika ia adalah coklat!
Bar coklat sesuai dihidangkan ketika majlis keraian seperti hari jadi, parti bersama kawan-kawan, minum petang atau dimakan bila-bila masa sebagai snek yang enak.
Ia juga boleh dijadikan pemberian eksklusif kepada orang tertentu.
Bar coklat berbentuk empat segi sama biasanya dicampur dengan pelbagai bahan seperti kekacang, karamel dan bijian koko bagi menambah keenakan atau tekstur coklat yang lembut dan berlemak.
Cuba buat sendiri di rumah dan gunakan daya kreativiti untuk menghasilkan bar coklat yang enak. Membuat bar coklat memerlukan kesabaran kerana memakan masa lama dan agak renyah.
Selamat mencuba!
Resipi untuk 40 bar coklat.
Shortbread:
Bijian koko Callebaut 3 gram (g)
Mentega, 340g
Gula ising, 127g
Telur, 42g
Tepung kek 387g
Inti atau bahagian dalamnya;
Callebaut 823 Milk Chocolate, 1 kilogram (kg)
Callebaut Caramel Filling, 300g
Kacang hazel, 200g (dipanggang)
Sedikit garam laut
Cara membuat Shortbread:
1. Campurkan krim mentega dan gula aising. Tambah telur kedalamnya.
2. Masukkan tepung dan gaulkan dengan Callebaut Cocoa Nibs.
3. Biarkan selama dua jam.
4. Gelekkan doh sehingga 5mm dan potong menjadi jalur 6cm X 2cm.
5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 darjah selsius selama 10 minit.
Bahagian inti:
1. Apabila shortbread sudah sejuk, paipkan karamel dan letak tiga ketul kacang hazel yang sudah dibakar.
2. Panaskan Callebaut 823 Milk Chocolate dan celupkan karamel shortbread ke dalamnya.
3. Taburkan sedikit garam laut. Sedia dihidangkan.