‘Anak awak meragam, kami pula yang kena hadap?’ - Utusan Malaysia

‘Anak awak meragam, kami pula yang kena hadap?’

Nisbah guru dan murid 1:45 di negara ini terlalu besar dan berisiko menyebabkan murid tercicir dalam pelajaran. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Lama betul budak tu menangis, mak dia buat ‘dek’ jer. Tak pujuk ke?. Mengganggu sungguh,”

Rungutan ini pasti pernah kita suarakan bila nak makan di kedai makan, atau bersantai di pawagam, tetapi terpaksa pula berdepan dengan situasai bayi dan kanak-kanak yang meragam.

Tidak cukup dengan tangisan, kadangkala si kecil ini bertindak lebih ‘agresif’ dengan mencampakkan makanan atau seliparnya ke arah orang lain. Itu belum lagi bab mereka bergaduh sesama adik beradiknya atau volum suara tinggi ibu bapa yang bertungkus lumus membantu mententeramkan keadaan.

Memang betul. Selera kita yang mahu makan-makan atau berborak-borak dengan rakan-rakan pun boleh ‘potong’ dengan hanya mendengar suara kanak-kanak yang sedang berantakan dengan emosi sendiri.

Paling tidak faham apabila ada segelintir ibu bapa yang seolah-olah sengaja tidak berbuat apa-apa, sebaliknya ‘mengharapkan’ pemahaman orang lain terhadap situasi sedang mereka alami itu.

Berbunyi pun tidak, apa lagi memujuk anaknya untuk duduk diam.

Selalunya kitalah yang terpaksa memujuk hati dengan ayat-ayat klise, ‘Alah biasalah budak-budak,’.

Tetapi ayat ini tidak selalunya sesuai dengan keadaan. Kalau kita yang pergi ke lokasi ramai kanak-kanak dan bayi seperti di taska, kita boleh faham keadaan itu. Tetapi bila kanak-kanak atau bayi itu yang ‘di bawa’ ke lokasi awam seperti kedai makan atau pawagam. Memang boleh panas juga tengkuk kita.

Saya bukanlah ingin memanaskan isu ‘Cikgu Ayu’ yang viral sedikit masa lalu, tetapi lebih suka membawakan isu mengenai kecenderungan ibu bapa hari ini yangseolah-olah tidak sabar ingin mendewasakan anak-anak mereka dengan membawa mereka ke lokasi orang dewasa.

Dulu-dulu mak-mak kita bukannya membawa kita ke pawagan tetapi dek kerana tabiat ibu bapa yang sporting hari ini, memaksa keadaan untuk turut berubah juga.

Ia dapat dilihat dengan penghasilaan filem untuk kanak-kanak hingga menyebabkan ibu bapa rasa perlu perlu berlumba-lumba membawa anak tengok wayang. Sedangkan ia bukanlah suatu keperluan pun.

Tengok di rumah sebenarnya lebih selesa untuk kanak-kanak yang kita tahu mood bertenaga mereka hanya bertahan beberapa jam. Selebihnya mereka akan meragam.

Situasi sama dengan makanan di restoran. Hari ini sajian untuk kanak-kanak pun sama banyak dengan menu orang dewasa. Namun sajian disediakan kadangkala banyak yang tidak sihat daripada sihat seperti kentang goreng dan burger.

Dan kita hanya order tanpa mengikut keperluan yang secara tidak langsung kita mengajar anak kecil untuk menggemari sajian orang tua.

Berbalik kepada anak-anak menangis tadi, ibu bapa harus tahu jenis tangisan anak mereka sama ada lapar, perlu ditukar lampinnya atau mahukan perhatian ibu bapanya. Kita yang patut prihatin menjaga hati orang lain, atau kita hanya mahu menjaga selera sendiri?.

Nor Afzan Mohamad Yusof, Pengarang Rencana, Utusan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya