Stressnya, suami panas baran - Utusan Malaysia

Stressnya, suami panas baran

Adakah kesabaran memberikan rasa makin tertekan? GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN:
Suami saya panas baran. Apa saja yang tak kena di matanya dia akan marah dan berkasar dengan saya. Ibaratnya saya perlu sentiasa ada bila dia mengarahkan sesuatu. Sampai tahap saya nak ke tandas pun perlu maklumkan kepadanya. Saya stress dengan sikapnya. Saya bersabar demi anak-anak dan tidak sanggup bercerai. Apa perlu saya buat?

Isteri Bertahan

JAWAPAN:
Tidak salah bersabar dengan sikap suami, kerana ada pahala yang besar untuk puan. Tidak semua isteri mampu menjadi seperti puan. Berdoa dan tidak berhenti berharap kepada Allah adalah usaha yang sangat terpuji.

Namun di sudut lain, puan perlu membuat timbang tara, sama ada kesabaran puan itu mampu membuatkan puan menjadi isteri dan ibu yang lebih baik kepada suami atau anak-anak. Adakah kesabaran tinggi itu memberikan puan rasa makin tertekan dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada anak-anak?.

Kuatkan diri dan berbuat sesuatu untuk ketenangan diri dan anak-anak.

Mengutamakan diri sendiri adalah penting bagi mengelak emosi kita menjadi lebih teruk. Banyak kes isu rumahtangga yang boleh menyebabkan depression, anxiety atau kecelaruan lain jika tidak diselamatkan dengan cara yang betul.

Dalam hidup ini apa yang kita inginkan adalah ketenangan dan pahala. Percayalah, jika niat puan baik dan ikhlas, apapun keputusan yang puan pilih Allah selalu ada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya