Sesal tak pandai berdikari - Utusan Malaysia

Sesal tak pandai berdikari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan

Selama tempoh lima tahun perkahwinan, urusan rumahtangga dilakukan oleh suami, termasuklah menghantar saya ke tempat kerja. Malangnya jodoh kami tidak panjang. Kini saya rasa menyesal kerana tidak mahu belajar berdikari.

Saya rasa tidak berguna. Saya tidak dapat terima hakikat ini puan. Betulkah saya lemah di mata suami?
Isteri menyesal

Jawapan:

Jodoh, ajal dan rezeki ketentuan Allah. Perpisahan yang berlaku menyebabkan saudari ibarat terjaga dari lena, bahawa selama ini mungkin suami lebih banyak tanggungjawab mengurus semua. Tanpa disedari keaadan ini boleh mengakibatkan berlaku perpisahan. Perpisahan ini mengajar puan jadi lebih kuat dan belajar berdikari. Kebergantungan terlalu tinggi terhadap suami itulah, menyebabkan rasa kecewa. Puan perlu:

* Percaya pada diri sendiri dan yakin diri ada kelebihan tersendiri.

* Senaraikan kelebihan itu dan mula mencuba perkara baharu seperti belajar memandu.

* Maafkan peristiwa yang berlaku itu sangat penting. Tanpa puan memaafkan diri atas apa yang berlaku, ia ibarat tidak melepaskan bebanan fikiran yang membelenggu.

* Usah cepat menyerah kalah sebaliknya cari peluang dengan membina kerjaya dan rakan baharu.

* Banyakan berdoa memohon kepada Allah agar dilapangkan hati dengan ujian ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya