Kahwin: Berhabis atau ikut kemampuan? - Utusan Malaysia

Kahwin: Berhabis atau ikut kemampuan?

PANDEMIK Covid-19 lalu seharusnya memberi pengajaran kepada masyarakat untuk berhemah dalam belanja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cuti persekolahan sudah bermula. Antara aktiviti lazim pada musim ini ialah majlis perkahwinan. Baru minggu pertama cuti, sudah bersusun jemputan diterima. Bukan sahaja di Lembah Klang, malah di selatan dan utara tanah air. Sampaikan tidak menang tangan mahu hadir ke majlis yang mana satu.

Kebanyakan majlis perkahwinan kini diadakan secara meriah dan besar-besaran, jauh bezanya berbanding semasa pandemik Covid-19 lalu apabila pengantin bernikah serta bersanding serba sederhana.

Pengasas Financial Faiz, Faiz Azmi berkata, perkahwinan mahal atau mewah bukan penentu kesejahteraan hidup pasangan suami isteri di masa depan.

Situasi Covid-19 sepatutnya memberi pengajaran kepada masyarakat untuk berhemah dalam perbelanjaan hari bahagia masing-masing.

“Peruntukan kos perkahwinan seharusnya paling minimum kerana ia adalah keutamaan paling rendah dalam kehidupan individu.

“Kita sudah merasai ketenangan perbelanjaan semasa Covid-19, malah ramai kalangan pengantin pada waktu itu selesa dengan konsep bersederhana, jadi kenapa perlu diulangi semula budaya sebelum norma baharu,” katanya melontar persoalan.

Faiz berkata, jika kos perkahwinan seseorang mencecah RM50,000 sedangkan gajinya cuma RM3,000 sebulan, pasti sukar untuknya mengumpul jumlah berkenaan dalam tempoh singkat.

Keadaan itu sekali gus memaksa bakal pengantin mengambil pinjaman peribadi bagi memastikan impian perkahwinan dapat direalisasikan.

Anggaran bajet majlis:

Bagaimana harus memanfaatkan RM50,000 anda?

* Berhabis RM10,000 untuk perkahwinan, manakala RM40,000 dimasukkan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).

* Berhabis RM50,000 untuk perkahwinan tanpa membuat sebarang simpanan.

Purata kos majlis perkahwinan:

* Pelamin: RM1,500

* Baju: RM1,000

* Fotografi: RM1,500

* Khemah: RM1,000

* Katering: RM15,000
(bagi jemputan 1,000 orang)

Jumlah: RM20,000

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya