Gabungan serai dan bunga telang dalam coklat? Mengapa tidak kerana pastinya rasanya memberikan pengalaman unik menikmati coklat.
Hasil resipi Cef Amanda Lim ini memberi kejutan kepada deria rasa. Rasanya tentu selalu berbeza coklat biasa yang berperisa buah-buahan atau kekacang.
Sebaik dimasukkan ke mulut, rasa manis coklat menguasai deria rasa. Dalam kemanisan itu, lidah dapat mengesan sedikit rasa serai tetapi rasanya tidaklah terlalu tajam.
Bunga telang menceriakan warna bahagian dalam praline selain memberikan manfaat kesihatan kerana ia kaya dengan antioksida dan sering dikaitkan dengan beberapa kebaikan kepada kesihatan.
Hidangkan praline untuk minum petang atau jadikan snek berkhasiat. Kanak-kanak pun pasti suka dengan rasa coklat yang unik ini.
Selamat mencuba!
Resipi untuk 64 ketul coklat
Bahan untuk membentuk acuan:
Coklat putih Callebaut W2,
1 kilogram (kg)
Mentega koko kuning
Mentega Koko hijau
Bahan untuk inti atau bahagian dalam coklat:
Serai 6 batang diracik halus
Bunga telang 3 gram (g)
Krim 100 g
Coklat putih Callebaut W2 250g
Mona Lisa Dark Crispearls, 20g
Pelekat yang boleh dimakan
Peralatan:
Acuan berbentuk koko
Cara membuat coklat mengikut acuan:
1. Panaskan mentega koko kuning dan hijau dan sembur pada acuan.
2. Salut dengan selapis coklat putih yang dipanaskan.
Cara membuat inti/bahagian dalam coklat:
1. Panaskan krim dan masukkan serai serta bunga telang. Biarkan lebih kurang 4 jam.
2. Tambah krim dan kacau.
3. Letakkan 3 keping Mona Lisa Dark Crispearls ke dalam acuan berbentuk bujur.
4. Paipkan ke dalam coklat yang berbentuk acuan dan biarkan.
5. Paipkan inti dan biarkan.
6. Tutup dengan selapis lagi coklat putih yang sudah dipanaskan. Biarkan sejuk dan letakkan pelekat di atasnya.