Diintai jodoh dengan suami orang

Diintai jodoh dengan suami orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menjadi orang ketiga dalam hubungan orang lain sememangnya memerlukan usaha keras dan berterusan untuk mendapatkan kebahagiaan.

Seseorang itu perlu berperang sana sini sebelum mendapatkan apa yang dikehendaki. Tetapi itu bukan persoalannya.

Anda perlu tanya kepada diri adakah bahagia merampas hak orang lain?

Adakah anda cukup selesa berpura-pura seperti tidak ada apa-apa yang berlaku jika berjumpa isteri pertama dan memperkenalkan diri sebagai teman wanita dan akan berkahwin dengan suaminya?

Bagaimana kalau sudah jodoh?. Itulah soalan balas yang selalu kita dengar akhirnya.

Benar jodoh itu ditetapkan oleh Allah. Tetapi, seseorang itu perlu berusaha terlebih dahulu untuk mengelak diri berjodoh dengan suami orang.

Demikian ditulis oleh Ezzah (bukan nama sebenar), seorang wanita yang berpengalaman menjadi orang ketiga dalam rumahtangga melalui kiriman emel kepada saya baru-baru ini.

Akuinya, dia tidak berniat untuk membuka kisah lampau, tetapi disebabkan isu hangat seorang artis baru-baru ini yang berpoligami, dia juga terpanggil untuk berkongsi pengalaman.

Sebelum ini juga dia pernah terjebak dengan suami orang dan bersyukur kerana diberi peluang untuk sedar lebih awal.

Bukan apa tulis Ezzah lagi, sebab ramai lagi wanita di luar sana yang masih buta. Buta hati, buta mata dan buta segala-galanya.

Kenapa suami orang?.

Tulis Ezzah, dia sendiri tidak tahu sepanjang tempoh mengenali, rapat dan jatuh cinta, keempat-empatnya berstatus suami orang.

Pelik, tetapi benar.

Cinta pertamanya, Danial (bukan nama sebenar). Ketika itu dia masih menuntut di universiti.

Waktu itu berdarah muda, namun kerana keinginan untuk mengejar cita-cita lebih kuat, dia berjaya melupakan Danial.

Memasuki dunia pekerjaaan, dia mengenali Azmi (bukan nama sebenar). Lelaki pertengahan 30-an itu memenuhi citarasanya, segak bergaya, berbudi bahasa dan mengambil berat.

Di awal perkenalan, memang dia tidak perasaan langsung status sebenar Azmi.

Hampir setahun mengenali hati budi, barulah rahsia Azmi terbongkar.

Ezzah undur diri

Kali ini Ezzah mengubat luka agak lama. Dia lebih fokus mengembangkan kerjayanya di sebuah syarikat perbankan di ibu negara.

Sehinggalah dia didekati Razak (bukan nama sebenar).

Razak bukan citarasanya, namun entah mengapa ada sesuatu yang menarik perhatian terhadap lelaki itu.

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Kali ini, Ezzah benar-benar tidak cukup kuat seperti sebelumnya untuk undur diri dan melupakan lelaki itu.

Semakin dia cuba lari, semakin rindu dan cinta kepada lelaki itu.

Selepas memutuskan hubungan dengan Razak, dia terus menutup pintu hatinya untuk bercinta dengan mana-mana lelaki.

Siapa dia menolak takdir?

Bertemu pula dengan Zahir (bukan nama sebenar), kali ini dia nekad untuk tetap meneruskan hubungan dengan lelaki itu walaupun sedar lelaki itu berstatus suami orang.

Pun begitu, setelah difikirkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan meneruskan hubungan, mereka akhirnya berpisah secara baik.

Tulisnya lagi, perkongsian itu juga menjawab persoalan kenapa sehingga hari ini dia memilih untuk bersendirian .

Sebagai pengurus di salah sebuah syarikat perbankan di ibu negara, dia ada pendapatan sendiri dan kehidupan cukup selesa.

Dalam emelnya, Ezzah menulis, setakat ini dia belum ada lagi perasaan ingin berkahwin.

Dia sudah tidak kisahkan semua itu. Sama ada kahwin ataupun tidak dia serahkan segala kepada Alllah Taala.

Dia percaya, kalau ada jodoh tidak ke mana. Jika jodoh masih belum sampai, usaha macam mana pun, paksa macam mana pun benda itu tidak akan terjadi.

Di usianya melewati 30-an, bukan senang untuk mendapatkan lelaki bujang, seusia dengannya atau lebih tua daripadanya.

Jika tidak bujang terlajak, duda, paling tidak pun berstatus suami orang.

Tetapi kata Ezzah dia sedaya upaya cuba mengelak untuk membuka peluang dan ruang jatuh cinta lagi dengan suami orang.

Kesannya bukan sedikit. Ia melibatkan hati dan perasaan.

Ezzah turut menasihatkan gadis, jika sudah mengetahui mereka berkawan dengan suami orang, mungkin masa terbaik untuk undur diri.

Jika hubungan baru di peringkat permulaan, sebaiknya selidik dahulu latar belakang dan perhatikan sikapnya supaya tidak mudah terjebak dalam cinta suami orang.

Sepanjang berhubung dengan suami orang, Ezzah mengakui hatinya tidak pernah tenteram. Ketika itu dia benar-benar tersepit dalam situasi yang sukar.

Dia tidak sanggup membina kebahagiaan atas derita orang lain.

Secara jujur, Ezzah mengakui sememangnya dia takut bercinta lagi dengan suami orang.

Jika boleh dia akan cuba mengelak jatuh hati apa lagi berkahwin dengan suami orang.

Dia lebih rela hidup membujang sampai ke tua.

Namun kata Ezzah dia enggan bercakap sombong.

Soal jodoh Allah yang tentukan.

Hari ini berkata tidak, esok lusa siapa dia untuk menidakkan.

Esok lusa bila Allah uji dan mengubah hati untuk jatuh cinta dengan suami orang dan hidup berpoligami, sesiapapun tidak boleh berbuat apa-apa.

Dalam hal berkaitan poligami, Allah SWT berfirman:

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bila mana kamu mengkhawininya), makan kahwinilah wanita-wanita(lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. (An Nisa 4:3)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya