Suami saja boleh bersidai?

Suami saja boleh bersidai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

akak seriDULU isteri atau golongan ‘emak-emak’ tumpuan dan masa mereka semuanya adalah 100 peratus di rumah atau keluarga. Rasanya, jarang sekali kita dapat lihat mereka keluar makan, bersiar-bersiar atau berbelanja sendiri tanpa bersama keluarga.

Tetapi kini, kita sudah biasa melihat ‘emak-emak’ ini berada di mana-mana. Di pusat beli-belah, restoran, kawasan riadah atau melancong dalam negara dan luar negara bersama rakan-rakan bukan ditemani suami atau anak-anak.

Perubahan zaman yang kebanyakan isteri bekerja dan mempunyai duit sendiri ini membuatkan mereka mahu masa untuk diri sendiri atau dalam bahasa Inggeris disebut me time, bersendirian atau bersama kawan.

Sekarang ini, ada lagi tak golongan emak-emak yang lepas bekerja terus balik ke rumah dan membuat kerja-kerja rumah pula?

Tidak boleh keluar bersuka-ria dengan kawan-kawan atau menghirup kopi premium di cafe hipster atau meneguk teh tarik bersendirian di restoran mamak?

Kebanyakan isteri sehingga kini kehidupan mereka adalah tentang kerja, balik kerja terus menguruskan rumah tangga tanpa henti bermula celik saja mata di subuh hari.

Tetapi itulah, yang peliknya, lain pula dengan golongan suami. Mereka boleh ‘bersidai’ di restoran mamak selepas balik kerja dan tengah-tengah malam menonton siaran bola Liga Perdana Inggeris (EPL) di situ bersama rakan-rakan sedangkan di rumah pun boleh menontonnya.

Kita pun boleh lihat orang lelaki masih lagi berbaju kemeja kerja pada waktu petang hingga Maghrib di restoran mamak dan tidak terus balik ke rumah. Bila sampai rumah, mereka buat muka ‘letih’ dan terus berehat.

Pada saya tidak salah sekiranya isteri diberikan giliran untuk ada masa sendiri pula. Ini kerana mereka patut diberi rehat atau cuti daripada melakukan kerja-kerja rumah. Bukan lama pun dan bukan terabai tanggungjawab sekiranya diberikan cuti rehat ini. Tak kan jaga anak sekejap menjadi satu masalah besar kepada orang lelaki yang kekuatannya melebihi wanita?

Kenapa perlu beri cuti rehat? Bagi saya ini salah satu cara untuk meringankan tekanan mereka semasa bekerja dan membuat kerja-kerja rumah.

Sebab itu bila ada isteri yang suka membebel, bising-bising, hempas itu ini di rumah, bermakna dia sebenarnya sudah penat atau stres. Jangan dilabel ‘isteri saya kuat membebel’ atau ‘kaki mengamuk’.

Maka suami seharusnya memahami kenapa bebelan itu berterusan dan jangan menyalahkan isteri yang dicop kuat mengamuk sedangkan mereka tidak ambil tahu atau ambil pusing pun kenapa isteri jadi begitu.

Kita semua tahu stres boleh memberi kesan buruk bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga keluarga. Ringankanlah tekanan itu untuk isteri. Ia juga boleh dijadikan reward atau ganjaran bagi isteri yang membantu suami dari segi kewangan dan juga menjaga rumah tangga pada masa sama. Belajarlah memahami. Itu saja kuncinya.

PENULIS ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya