Motif kartun serlah gaya periang

Motif kartun serlah gaya periang

kartun
Siapa kata sneaker tidak boleh digayakan ke pejabat. Anda cuma perlu bijak memadankannya dengan pakaian ke pejabat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kasut sukan atau sneaker kini semakin digemari golongan muda dan tidak ketinggalan mereka yang berusia kerana potongan yang cukup selesa untuk dipakai sepanjang hari dan ke mana saja.

Tidak setakat itu, kasut yang datang dalam bentuk bertali atau sarung ini juga mudah untuk dipadankan dengan apa saja jua jenis pakaian sama ada untuk ke pejabat, menghadiri acara santai atau kasual di sebelah petang.

Kasut sneaker polos dan berona gelap atau cerah tanpa motif mungkin agak biasa dan membosankan sekiranya terlalu kerap digayakan.

Malah tidak ramai yang berani tampil bergaya dengan kasut yang sarat corak terutama bermotif kartun.

Jadi, apa kata anda tampil berbeza dengan cuba menyarung kasut bermotif lebih ceria. Selain beraneka warna, kasut dengan motif seperti kartun membuatkan penampilan seseorang lebih segar dan bertenaga.

Tidak kira berapa umur anda, anda belum terlalu tua untuk tampil bergaya dengan kasut corak sebegini.

Sudah tentu anda perlu bijak memadankannya dengan baju berwarna terang sama ada gaun, baju T atau kemeja malah kasut begini juga sesuai digayakan dengan jubah.

Mungkin baju dengan sedikit motif kartun yang sama pada kasut dapat menonjolkan lagi penampilan ceria anda.

Watak kartun yang menghiasi kasut ini menyerlahkan sifat anda yang periang, terbuka dan bertenaga.

Padankan ia dengan seluar denim atau jeans, iaitu antara seluar yang paling mudah digandingkan dengan kasut bermotif kartun ini.

Tidak kira apa warnanya, seluar atau skirt denim polos juga menyerlahkan gaya ringkas dan aktif.

Terbaharu, anda boleh mencuba kasut sneaker daripada Skechers yang menampilkan watak kartun tokidoki pada koleksi terbaharunya.

Empat pilihan koleksi ini memaparkan watak-watak kartun tokidoki dalam pelbagai warna ceria.

Antaranya Sunny Street yang sesuai untuk mereka yang gemar berjogging atau berlari dengan watak tokidoki Unicorno dihiasi suede hitam di bahagian depan kasut.

Skechers Uno memaparkan logo jantung dan tulang bersilangnya yang ikonik berwarna merah jambu dan berlatarkan warna putih. Ia sesuai digayakan untuk aktiviti santai bersama rakan seperti mendaki atau melakukan aktiviti lasak lain.

Skechers Uno 2 tampil menyerlah dengan warna yang menonjol dengan corak kartun yang memenuhi seluruh ruang kasut dengan warna-warna terang. Ia membangkitkan emosi ceria kepada pemakai untuk melakukan pelbagai aktiviti digemari.

Skechers Tokidoki menawarkan kasut sneaker sempurna untuk musim panas dengan warna putih dan motif kartun di bahagian bawah kasut. Ia sesuai digayakan untuk ke pejabat atau acara rasmi lain.

Apa yang penting anda perlu bersederhana dalam menggayakan sneaker bercorak atau bermotif kartun. Pastikan pakaian yang dipilih tidak terlalu berwarna-warni atau lebih daripada dua warna supaya anda tidak kelihatan seperti badut pula.

Ingat selalu prinsip bersederhana boleh menjadikan penampilan anda tampak lebih ‘bersih’ dan kemas dan paling penting tidak serabut apabila dipandang.

Padankan sneaker dengan pakaian:
* Gayakan sneaker dengan skirt kembang polos untuk menyerlahkan watak kamu yang sentiasa ceria.

* Pakai stoking kosong berwarna hitam atau putih sesuai dengan warna pada kasut. Anda juga boleh bergaya dengan stoking berwarna tanpa corak bagi menyerlahkan bahagian kaki.

* Seluar diperbuat daripada kain kapas juga sesuai digayakan dengan sneaker sama ada digayakan untuk aktiviti luar atau lasak.

* Pilih warna terang dan tanpa motif sekiranya kasut sarat dengan corak.

* Gandingkan sneaker dengan seluar paras atas buku lali untuk tampil aktif dan bersantai.

* Gayakan dengan gaun midi dan jaket boleh menyerlahkan gaya kasual untuk ke sebarang acara.

* Sneaker lebih bergaya dengan celana yang diperbuat daripada kulit dan kot.

* Gaya lebih anggun dengan memadamkan sneaker dengan baju labuh atau jubah moden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya