Bila Hero Malaya sebut wanita malas - Utusan Malaysia

Bila Hero Malaya sebut wanita malas

Tangkap layar klip pendek promosi Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kehidupan seharian kita tidak terlepas daripada pelbagai bentuk pengiklanan sama ada cetak atau elektronik. Kata orang, dari buka mata hinggalah ke tutup mata.

Buka sahaja telefon pintar dan klik pautan tertentu, kehadiran kita pun pasti disambut iklan. Itu belum lagi selama perjalanan kita pergi dan balik kerja.

Lantaran itu bukanlah suatu yang mengejutkan apabila sebuah kajian dilakukan di Amerika Syarikat (AS), mendapati setiap hari manusia terdedah kepada lebih daripada 3,000 iklan yang dimuatkan dalam media massa dan 200 daripadanya ditayangkan di televisyen.

Lalu, bila Hero Malaya, Datuk Rosyam Noor yang didakwa memperlekeh golongan wanita dengan menggunakan ayat seperti ‘suka bangun lambat’, ‘wanita semua lambat’ dan ‘belasah kepala korang‘ dalam klip pendek bersempena mempromosi Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM di Pusat Dagangan Dunia (WTC), ia cepat mengundang reaksi. Bukan setakat orang ramai, bekas Timbalan Menteri KPWKM,

Hannah Yeoh turut terasa hingga menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggugurkan Rina Harun selaku menteri di kementarian itu yang dianggap memperlekeh peranan wanita.
Yang tengok separuh-separuh pun tidak melepaskan peluang sekaki memberi reaksi.

Begitulah kuasa iklan, kadangkala tanpa memerlukan modal yang besarpun, apa yang ingin disampaikan pantas sahaja menemui golongan sasar.

Cumanya kita terkenal dengan adat resam dan tinggi budi pekerti sebab kita orang Melayu.

Kalau yang menuturnya Mat Saleh, tular itu pasti, tetapi rasanya tidak menusuk ke hati lantaran perbezaan warna kulit.

Tokoh pengiklanan Walter Dill Scott pernah menyatakan pengaruh iklan banyak berkait rapat dengan ramalan sikap pengguna.

Sekarang aliran ‘lakonan’ adalah yang bersahaja dan santai, dilengkapi ‘skrip sesuka hati’ adalah modal dalam menarik perhatian penonton.

Matlamat untuk menyampaikan pesanan mungkin terlaksana, tetapi penerimaan daripada pendekatan dilakukan itulah yang boleh jadi kontroversi.

Sejak Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM dilancarkan September tahun lalu, ia berjaya merapatkan hubungan dan menyediakan peluang pekerjaan kepada 7,520 wanita serta mempersiapkan 34,225 wanita dengan ilmu pengetahuan khususnya, membabitkan pengurusan kewangan yang menjana hampir RM41 juta ekonomi Malaysia.

Murni hasratnya, oleh itu pendekatan dalam memancing wanita menyertainya juga harus semurni itu. Saya yakin wanita tidak kita tidaklah ‘lapar’ dengan publisiti murahan seperti itu.

Nor Afzan Mohamad Yusof, Penolong Pengarang Berita, Utusan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya