Kreativiti mengolah barangan terpakai bukan sahaja mampu mengurangkan sisa buangan malah ia boleh menghasilkan sesuatu yang baharu.
Itu yang dilakukan surirumah, Norpadilah Afandi yang aktif melakukan sendiri atau DIY menggunakan barang terpakai untuk dekorasi kediamannya.
Kediaman dinamakan sebagai Kampung House itu bertemakan rumah ladang berlatarbelakangkan warna putih dan kayu.
Salah satu DIY dilakukan Norpadilah adalah bangku daripada pintu kayu terpakai.
Dengan beberapa langkah mudah dan juga beberapa bahan terpakai Norpadilah menghasilkan bangku untuk berehat yang cantik senada dengan tema rumah ladangnya.
Bahan-bahan:
* Pintu kayu terpakai
* Kayu beruti terpakai
* Tilam lama
* Kain (untuk buat sarung tilam)
Cara-cara:
* Potong pintu mengikut saiz
bangku yang diingini.
* Potong kayu beruti untuk
dijadikan kaki bangku.
* Gosok pintu untuk menghilangkan warna cat lama dan menyerlahkan
lagi warna asal kayu.
* Sapu lilin kayu untuk kemasan lebih cantik dan tahan lama.
* Kemudian, potong tilam lama mengikut saiz bangku.
* Pasangkan kain berwarna putih sebagai sarung tilam.
* Hiaskan dengan bantal kecil
sebagai dekorasi.