SENI FOTO - Patriotisme melalui lensa orang muda - Utusan Malaysia

SENI FOTO – Patriotisme melalui lensa orang muda

Menggunakan kamera mirrorless, lensa 200-600mm, kelajuan pengatup 1/1600, bukaan f/6.3, ISO 500.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baru-baru ini kita telah pun menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65. Ramai penggemar fotografi tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk merakam momen indah yang bersejarah dengan penuh warna-warni. 

Termasuk rakan saya, yang bekerja sebagai eksekutif kreatif di syarikat swasta. Berkelulusan diploma dalam bidang grafik, menjadikan fotografi sebagai hobi kerana pada waktu itu fotografi merupakan salah satu subjek yang dipelajarinya. 

 

Zairul lebih fokus ke arah fotografi landskap kerana minatnya terhadap hasil bidikan orang lama yang dianggap sebagai mentor iaitu Roslan Jawahir. Antara cabaran untuk mendapatkan gambar-gambar ini, Zairul terpaksa berada di tempat yang tinggi dan mempunyai ruang yang terhad untuk berdiri di platform besi selebar dua kaki dan berdiri selama tiga jam ketika acara perarakan berlangsung.   

 

Zairul memilih kamera mirrorless dan menggunakan lensa 200-600mm, kerana ia akan memberi kesan gambar yang lebih jelas dan padat. Kali ini beliau memilih tekstur dan corak dalam perarakan tersebut. Gabungan seperti corak yang menarik, warna yang terang dapat menyumbang kepada tekstur yang cantik. Beberapa keping gambarnya telah menjadi tular di sosial media. Beliau juga berjaya menyampaikan semangat patriotik dalam imej-imej yang dirakamnya.

                                                    Muhammad Zairul Mohd Puad

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya