Norjuma nafi berhutang dengan sesiapa

Norjuma nafi berhutang dengan sesiapa

Norjuma
NORJUMA Habib hadir ke Mahkamah Tinggi bagi mendengar prosiding sebutan permohonan oleh Jabatan Insolvensi terhadapnya di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Usahawan selebriti, Norjuma Habib menafikan beliau berhutang dengan sesiapa dan menganggap tindakan mengenakan notis insolvensi terhadapnya berjumlah lebih RM200,000 sebagai cubaan untuk merampas wang hasil titik peluhnya.

Malah, usahawan tudung berusia 44 tahun itu juga menegaskan tidak mempunyai hutang termasuk dengan mana-mana bank sama ada sewa beli atau hartanah dan mendakwa laporan kreditnya dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) bersih.

“Bank Negara mengesahkan tidak ada kes. Nampak tak? Sebab akhirnya, dalam perkara-perkara berkaitan dengan penilaian dan laporan kredit, kita perlu kembali kepada laporan Bank Negara.

“Jika kita bersetuju dengan Bank Negara, Bank Negara (CCRIS) kata, awak tidak mempunyai hutang rumah, kereta, awak tidak mempunyai hutang lain, kembali kepada kami (Bank Negara) dan bincangkan,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Terdahulu, pemilik jenama tudung Aidijuma itu hadir ke Mahkamah Tinggi di sini bagi mendengar sebutan berhubung permohonan oleh Jabatan Insolvensi terhadap Norjuma atau nama sebenarnya Norjuma Habib Mohamed yang didakwa menghina mahkamah.

Berdasarkan permohonan tersebut, Norjuma diperintahkan bankrap didapati dengan sengaja gagal menyerahkan milikan mana-mana bahagian hartanya yang boleh dibahagikan kepada pemiutang-pemiutangnya dibawah Akta Insolvensi 1967 yang mana pada masa itu dalam milikannya kepada Ketua Pengarah Insolvensi.

Bagaimanapun, dalam prosiding tersebut, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Mohamad Suffian Jaafar menetapkan 28 Januari hadapan sebagai tarikh sebutan semula terhadap Norjuma yang didakwa menghina Mahkamah.

Dalam pada itu, Norjuma yang pernah mendirikan rumah tangga dengan adik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, Datuk Nazim Tun Razak mengalu-alukan jika terdapat mana-mana pihak yang mahu membongkar identiti organisasi menuntut hutang dengannya.

“Sebab bukan saya hutang dengan orang itu pun, sampai sekarang media pun tidak tahu siapa ‘F’ Entertainment itu. Sebenarnya, bukan kita hutang dengan orang, orang mahu duit kita.

“Dia seperti katakanlah, suatu hari nanti, awak menjadi jutawan, seseorang akan datang kepada
awak dan berkata, kami mahu duit awak. Masuk mahkamah dan buat tuntutan, dan mahkamah akan berkata, okey, awak harus bayar RM200,000,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Norjuma diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berkuat kuasa pada 21 Mac tahun lalu.

Pengisytiharan bankrap itu diputuskan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Siti Zulaikha Nordin berikutan kegagalan Norjuma selaku penghutang penghakiman melunaskan tuntutan berjumlah RM260,400 yang dibuat oleh syarikat Fame Up Entertainment pada 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya