MELAKA: Penyanyi dan pelakon veteran, Raja Ema Raja Ibrahim mengakui rindu kembali menyanyi walaupun umurnya sudah menjangkau 57 tahun. Penyanyi terkenal dengan lagu Jejaka Idaman menerusi album pertama pada 1985 itu berharap mendapat tawaran menyanyi dalam mana-mana majlis khususnya di Melaka. Bercakap kepada Utusan Malaysia, ibu tunggal dua anak itu yang menetap di Bukit Katil sejak pandemik Covid-19 berkata, dia meninggalkan bidang nyanyian selepas merakamkan album Tidakkah Aku Menyintaimu pada 1989. “Saya meninggalkan bidang nyanyian hampir 35 tahun tetapi terdetik di hati ingin menyanyi semula jika mendapat undangan. Saya sebenarnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya