KUALA LUMPUR: Penyanyi dan kekasihnya, Nik Nazira selamat mengikat tali pertunangan dalam majlis serba ringkas, hari ini.
Yonny menerusi Instagramnya memuat naik perkongsian hantaran gambar sambil tunangnya menunjukkan jari sudah disarung cincin.
Akui penyanyi lagu Tak Sangka itu, dia seorang yang tidak percayakan cinta mahu pun peluang.
“Tidak pernah seyakin ini, sebahagia dan tersenyum lebih. Bahkan tidak pernah saya rasakan seperti ini sampailah saya berjumpa dengan awak.
“Bersama awak terasa seperti di rumah, hati berdegup kencang bila bersama awak. Saya juga sebenarnya tidak pernah rasa sejanggal ini dan betul-betul faham erti “butterflies in my stomach” sehingga berjumpa dengan awak.
“Selain itu, tiada asbab lain selain mencintai awak lebih daripada diri sendiri, saya tahu awak adalah yang terbaik untuk hidup saya selamanya Nik Nazira,” luahnya di Instagram.
Sementara itu, menjengah di akaun Nazira, dia turut berkongsi sama perkongsian hantaran gambar tunang mereka.
“Pilih seorang yang memilih kita tanpa membuatkan kita mempersoalkan nilai kita dalam hidup pasangan,” coretnya.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, ruangan komen pasangan merpati dua sejoli itu dihujani ucapan tahniah dan doa yang baik-baik agar pasangan itu berbahagia hingga ke jenjang pelamin bahkan sehingga ke akhir hayat. -UTUSAN ONLINE