PKNS sasar kutipan sewa RM100 juta 2030 - Utusan Malaysia

PKNS sasar kutipan sewa RM100 juta 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mensasarkan pendapatan tahunan melalui sewaan bangunan dan hartanahnya meningkat kepada RM100 juta menjelang 2030.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata, buat masa ini PKNS mengutip RM8 juta setahun bagi sewaan banggunan dan hartanah miliknya.

Menurut Mahmud, jumlah berkenaan dijangka bertambah tahun ke tahun sehingga RM100 juta pada 2030 memandangkan PKNS sudah mula menyuntik aset miliknya ke dalam Amanah Pelaburan Hartanah (REIT).

“Tujuan kita adalah satu hari nanti pendapatan daripada sewa akan naik kepada sasaran kami pada 2023 sebanyak RM100 juta berbanding RM8 juta buat masa ini.

“Jadi fikirkanlah berapa banyak pembangunan lagi kita perlukan untuk memberi sewa dan kerana itu kita ada REIT bagi membantu kita mencapai sasaran berkenaan,” katanya.

Katanya, PKNS kini mempunyai kira-kira RM500 juta di bawah REIT dan jumlah berkenaan bakal menjadi RM1 bilion melalui kerjasama yang akan dijalankan dengan Kerajaan Negeri Selangor.

“Sekarang kita sudah ada harta lebih kurang RM500 juta dan kita sedang bekerja dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk meletakkan lagi harta-harta kerajaan lagi RM500 juta.

“Dengan RM1 bilion ini kita dapat senaraikan REIT ini di Bursa Malaysia menjelang 2026 seperti yang disasarkan PKNS,” katanya.

Mengulas lanjut, Mahmud berkata, melalui REIT PKNS bakal menambah banggunan sewaan baharu miliknya dalam mencapai sasaran RM100 juta dan pada masa sama merealisasikan impian PKNS untuk menjadi pemilik hartanah terbesar di Selangor.

“Misalnya apabila kita buat Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) sebanyak RM120 juta bangunan ini kita akan letak di dalam REIT dan REIT akan buka kepada awam di mana pulangan kepada REIT itu lebih daripada enam peratus.

“Kita ambil REIT taruh banggunan sana, ambil duit kita dan kita boleh buat bangunan lai pula, itu yang kita boleh berkembang dengan pesat biar[un CLQ pulangannya selepas lapan tahun tapi kita tetap dapat pendapatan dalam tempoh itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya