Duopharma fokus tingkat akses ubat kanser - Utusan Malaysia

Duopharma fokus tingkat akses ubat kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

Duopharma Biotech Bhd. (Duopharma Biotech) merupakan syarikat farmaseutikal pertama di Malaysia menerima pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi produk onkologi.

Pengiktirafan itu diterimanya melalui ubat rawatan kanser halal Lebreta 2.5mg, yang merupakan jenama produk Letrozole tergolong dalam kategori ubat yang di panggil ‘aromatase inhibitor’ di mana ia adalah hormone ‘endocrine’ rawatan kanser payudara.

Kejayaan ini membuktikan bahawa syarikat farmaseutikal mampu menghasilkan produk halal untuk ditawarkan kepada pengguna disamping meningkatkan keyakinan mereka terhadap produk berkenaan.

Ikuti temu bual wartawan Utusan Malaysia, MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID bersama Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech, LEONARD ARIFF ABDUL SHATAR yang berkongsi kerjayaan Duopharma Biotech.

UTUSAN: Boleh ceritakan secara ringkas kejayaan Duopharma Biotech memperoleh sijil halal bagi produk onkologinya?
LEONARD ARIFF: Duopharma Biotech telah menjalankan usaha yang berterusan untuk menyediakan akses kepada ubat-ubatan dan terapi yang sangat diperlukan oleh pengguna dan pesakit yang dijamin selamat untuk digunakan dan berkesan, berkualiti tinggi, bersih
dan halal daripada awal proses pembuatan.

Fasiliti Highly Potent Active Pharmaceutical Ingredients (HAPI) syarikat yang moden berpusat di Shah Alam ini memainkan peranan penting untuk memerangi banyak penyakit sekaligus membolehkan syarikat untuk memanfaatkan inovasi dan teknologi bagi memenuhi keperluan pesakit dan meluaskan akses terhadap terapi khusus, terutamanya untuk penyakit kanser dan juga psikoterapi di masa akan datang.

Kejayaan menerima pensijilan halal bagi produk yang dikeluarkan di fasiliti HAPI ini juga adalah sejajar dengan komitmen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) syarikat yang menjadikan akses kepada ubat sebagai antara bidang tumpuan utama.

Apakah yang dimaksudkan halal dari segi penghasilan produk onkologi? Adakah dari segi bahannya, pembuatannya dan sebagainya.
Halal adalah istilah bahasa Arab bermaksud dibenarkan oleh undang-undang Islam. Istilah ini memberi nilai tambahan terutamanya daripada perspektif kebersihan daripada ramuan yang tidak halal dan syubhah iaitu tidak jelas status halal atau tidak halal.

Kesemua produk-produk keluaran Duopharma Biotech dipersijilkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan tujuan memberi keyakinan kepada pesakit dan pengamal perubatan.

Bagaimana Duopharma Biotech memperoleh pensijilan halal daripada Jakim?
Apabila sesebuah syarikat mengeluarkan produk yang diperakui halal, ini bermakna produk tersebut telah memenuhi piawaian rujukan yang ditetapkan dan keperluan Badan Pensijilan Halal yang mengeluarkan sijil tersebut. Dalam konteks Malaysia,piawaian farmaseutikal halal adalah melalui MS2424 Farmaseutikal Halal.

Pensijilan Halal Malaysia diselia oleh JAKIM. Sebelum pengilang farmaseutikal boleh memohon pensijilan halal, produk tersebut mesti memenuhi keperluan dan berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) iaitu ianya telah terjamin dari segi keselamatan, kualiti dan keberkesanan produk.

Boleh kongsikan jenis produk onkologi yang memperoleh pensijilan halal berkenaan?
Produk onkologi yang mendapat pensijilan halal daripada Jakim adalah Lebreta 2.5 mg atau sebelum ini dikenali sebagai Letronat 2.5 mg. Ia merupakan jenama produk Letrozole yang tergolong dalam kategori ubat yang di panggil “aromatase inhibitor”. Ia adalah hormone atau endocrine rawatan kanser payudara.

Produk ini digunakan untuk merawat kanser payudara di kalangan wanita yang telah melalui menopause ataupun putus haid. Ia juga digunakan untuk mencegah tumor payudara merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain pada pesakit kanser payudara tahap lewat.

Apakah perancangan Duopharma bagi produk berkenaan untuk tahun 2023 dan akan datang?
Duopharma Biotech bekerjasama dengan konsortium organisasi bukan untung, universiti antarabangsa dan syarikat farmaseutikal yang lain untuk mewujudkan laluan pembangunan yang mampan dan mampu milik untuk diagnostik dan terapeutik untuk penyakit berjangkit dan kanser, dengan tumpuan khusus mengenai akses saksama untuk negara berpendapatan rendah dan sederhana (LMIC).

Fokus Duopharma adalah untuk meningkatkan akses ubat kanser kepada golongan kurang berkemampuan seperti M40, B40 supaya mempunyai peluang yang saksama untuk meneruskan perjuangan memerangi kanser. Tambahan pula, bukan semua pesakit mempunyai perlindungan insuran untuk membayar kos perubatan yang tinggi. Memiliki kilang berfasiliti HALAL merupakan satu permulaan era baru usaha Duopharma menerima cabaran untuk terus berinovasi and mencipta nama di arena antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN