Dapur Kak Mala bersedia tingkat kapasiti selepas pensijilan halal - Utusan Malaysia

Dapur Kak Mala bersedia tingkat kapasiti selepas pensijilan halal

muhammad Aminuddin Syubli menunjukkan produk sambal Dapur Kak Mala yang telah disahkan halal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dapur Kak Mala bersedia untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran Sambal Penyet dan Sambal 3 Rasa (Nanas) keluarannya bagi memenuhi permintaan apabila menerima pensijilan halal dijangka diperoleh dalam dalam tahun ini.

Pengasasnya, Muhammad Aminuddin Syubli Mahmud, 33, berkata, pihaknya yang merupakan usahawan di bawah bimbingan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) menerusi program Platform Selangor (PLATS).

Katanya, syarikat adalah antara 10 perniagaan yang telah terpilih untuk menerima geran bagi membantu mereka untuk mendapatkan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Sekarang kami dalam proses menyediakan dokumen mengenai bahan-bahan mentah yang kami gunakan yang mempunyai pensijilan halal untuk dihantar kepada Jakim dalam 10 Februari ini.

“Buat masa ini, kapasiti pengeluaran sambal saya adalah 1,500 botol bersaiz 180 gram sebulan. Namun saya mempunyai mesin pengaduan bersaiz 70 liter yang hanya digunakan sebanyak 20 liter sahaja.

“Jika sudah memiliki pensijilan halal yang nanti, kami mampu untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran sehingga tiga kali ganda bagi memenuhi permintaan yang dijangka bertambah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Muhammad Aminuddin Syubli yang juga usahawan bimbingan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia juga sudah merancang strategi untuk menambah kapasiti dengan memohon mesin yang lebih besar daripada agensi tersebut.

Dia yang mempunyai 12 tahun berpengalaman dalam bidang pengurusan penyediaan makanan dan minuman (F&B) di kedai makan berhasrat untuk memasuki pasaran pasar raya untuk produk sambalnya itu setelah menerima pensijilan halal kelak.

“Pensijilan halal penting kerana ia membolehkan kami untuk menembusi pasaran yang lebih luas. Sebelum ini, saya teruja apabila ada padanan perniagaan, tetapi apabila berjumpa dengan wakil daripada pasar raya mereka memberitahu kami perlu ada sijil halal.

“Oleh itu, saya berasa penting bagi kami untuk mendapatkan pengiktirafan halal ini untuk mengembangkan lagi perniagaan termasuk untuk menyertai pameran yang mengetengahkan produk halal di luar negara,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya