PEMBANGUNAN berorientasikan transit (TOD), Rubica oleh OSK Property merupakan sebuah pembangunan moden dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM143 juta menjadi mercu tanda baharu di tengah-tengah pusat bandar Butterworth, Pulau Pinang.
Projek seluas 0.48 hektar itu terdiri daripada 230 unit dengan harga jualan antara RM484,000 hingga RM793,000.
Ketua Pegawai Eksekutif OSK Property, Ong Ghee Bin berkata, setakat ini, 75 peratus unit telah ditempah, dan sambutan menggalakkan itu mencerminkan permintaan tinggi terhadap pembangunan yang direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden di kawasan bandar.
“Pembangunan ini juga dijangka siap pada hujung tahun 2025 dan Rubica bakal menjadi pilihan utama bagi mereka yang inginkan kediaman moden dan strategik.
“Lokasi Rubica juga amat strategik dimana ia terletak berdekatan dengan stesen LRT Penang Sentral yang akan datang. Dengan pelbagai kemudahan di sekeliling projek pembangunan yang mudah diakses oleh penghuni, Rubica dijangka menjadi tumpuan baharu di Butterworth,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Jelasnya, Rubica terletak berhampiran institusi pendidikan, pusat perubatan, pusat beli-belah, dan zon industri seperti Prai Industrial Zone dan Kulim High-Tech Park, serta mempunyai akses mudah ke lebuh raya utama dan Jambatan Pulau Pinang.
“Rubica turut menawarkan gaya hidup moden dengan pelbagai kemudahan bertaraf tinggi di aras 11, termasuk kawasan BBQ, ruang permainan, kolam renang, kolam hidroterapi, gimnasium, bilik bacaan, dan surau lelaki dan wanita, serta menyediakan dewan serbaguna untuk kegunaan penduduk,” katanya.
Beliau berkata, Rubica menampilkan pelan lantai fleksibel dengan keluasan antara 946 hingga 1,335 kaki persegi, termasuk konsep sedia untuk dwi-kunci.
“Unit-unit ini direka dengan susun atur praktikal dan luas, menawarkan tiga hingga empat bilik tidur dengan harga yang berpatutan.”
“Penduduk juga akan menikmati pemandangan memukau Selat Melaka, Jambatan Pulau Pinang, dan panorama bandar. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melawat Galeri Jualan Harbour Place atau layari laman web rasmi kami,” katanya. – UTUSAN