Kenanga semak turun penarafan REIT kepada neutral - Utusan Malaysia

Kenanga semak turun penarafan REIT kepada neutral

PAVILION Bukit Jalil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenanga Investment Bank Bhd. menyemak turun penarafan sektor amanah pelaburan hartanah (REIT) kepada ‘neutral’ daripada ‘overweight’.

Bank pelaburan berkata, ini berikutan tindakan harga saham pada beberapa syarikat dengan panggilan ‘beli’ olehnya sebelum ini seperti KLCC Real Estate Investment Trust (KLCC REIT) yang bermodal besar, Kenanga percaya potensi nilai yang akan diekstrak pada asas seluruh sektor telah diberi harga sederhana oleh pasaran.

“Walaupun kami percaya potensi nilai untuk diekstrak pada asas seluruh sektor telah dinilai dengan adil oleh pasaran, kami terus melihat peluang dalam REIT tertentu,” katanya dalam nota penyelidikan.

Kenanga berkata, kadar penghunian runcit suku ketiga 2024 di kompleks beli-belah mencapai 77.6 peratus (separuh pertama 2024: 78.1 peratus) daripada jumlah ruang runcit seluas 18 meter persegi.

Jelasnya, pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel telah menyebabkan kesan yang minimum terhadap tingkah laku pengguna kerana kebanyakan kenderaan logistik masih layak mendapat subsidi diesel.

“Selepas pengumuman Belanjawan 2025, kami memerhatikan rasionalisasi subsidi selanjutnya pada pertengahan 2025.

“Bagaimanapun, kami percaya ini sebahagiannya akan disokong oleh kepulangan pelancong dan kenaikan gaji sehingga 13 peratus untuk kebanyakan penjawat awam pada Disember 2024,” jelasnya.

Bank pelaburan memberitahu, pilihan utama mereka adalah Sunway Real Estate Investment Trust (Sunway REIT) dengan penarafan ‘outperfrom’ (OP) pada harga sasaran (TP) RM2.01.

Katanya, ini didorong oleh dua pemangkin pendapatan iaitu sayap baharu Sunway Pyramid (OASIS), yang dibuka baru-baru ini dengan 110 penyewa baharu membayar kadar lebih tinggi yang ketara daripada penyewa utama sebelumnya.

Tambahnya, iaitu juga akan didorong oleh 200,000 kaki persegi ruang baharu di Sunway Carnival Mall yang sedang dalam pengubahsuaian dan disasarkan untuk disiapkan menjelang separuh pertama 2025.

“Kami kekal positif terhadap Pavilion Real Estate Investment Trust (OP; TP: RM1.63), kerana Pavilion KL telah menunjukkan daya tahan dengan mengekalkan pengunjung yang kukuh walaupun saingan sulung TRX Mall.

“Sementara itu, kelemahan harga saham baru-baru ini dalam CapitaLand Malaysia Trust (OP; TP: RM0.70) nampaknya tidak wajar, memberikan peluang untuk keseluruhan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya