SEREMBAN: Syarikat pengendali umrah dan ziarah, KAFS Travel and Tours menawarkan pakej umrah rahmah dengan servis premium pada harga sebanyak RM6,990 dengan sasaran lebih 80 pelanggan pada tahun ini.
Pengurus pemasaran syarikat, Ahmad Sofiyuddin Md. Hashim berkata, dengan harga RM6,990 itu bakal jemaah akan menikmati pakej rahmah termasuk bermalam di Kota Taif, mutawif berpengalaman serta jurufoto sepenuh masa sepanjang menjalankan umrah.
“Kami menawarkan pakej umrah menggunakan pesawat Saudia Airlines untuk memberikan keselesaan kepada pelanggan pada tarikh penerbangan pada 9 hingga 19 Julai dan 13 hingga 23 Ogos 2025.
“Selain itu, bagi pakej RM6,990 menyediakan pakej bagi bilik berempat, RM7,490 (bilik bertiga) manakala, RM7,990 (bilik berdua) dimana pakej ini kami mahu pelanggan menikmati umrah yang lebih unik di samping kemudahan yang lebih rahmah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.
Bagi penginapan di Mekah, pelanggan akan menginap di hotel berdekatan 350 meter ke Masjidil Haram, manakala di Madinah, pelanggan berpeluang menginap di hotel dengan jarak 150 meter ke Masjid Nabawi serta menyediakan tiga kali makan sehari.
Lebih menarik, pakej KAFS Travel and Tours akan memastikan pelanggan mendapatkan servis terbaik dengan penghantaran bagasi terus ke bilik jemaah, cenderahati syarikat, air zam zam serta sijil penyertaan umrah.
KAFS Travel and Tours yang terkenal dengan perjalanan umrah paling premium, kini telah mengorak langkah dengan menyediakan pakej rahmah bagi memberi peluang kepada jemaah merasai pengalaman yang luar biasa.
“Kami mementingkan keselesaan dan kemudahan terbaik bagi pelanggan yang mengambil pakej kami. Oleh itu, pelanggan tidak perlu khuatir atau was-was dengan syarikat kami.
“Sebelum ini juga kami telah membawa beberapa artis terkenal bagi mengerjakan umrah bersama keluarga dan maklum balas yang kami terima amat positif,” katanya.
Jelas Ahmad Sofiyuddin, syarikat itu merupakan pengendali Umrah dan ziarah yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (Motac) dikendalikan oleh lima anak muda dengan memperkenalkan perkhidmatan menyantuni jemaah secara ‘Door to Door’ (pintu ke pintu).
“Keikhlasan pihak pengurusan dilapangan, menjadikan jemaah yang telah menggunakan perkhidmatan KAFS Travel, tidak akan berganjak untuk menjadikan syarikat ini sebagai pilihan utama dalam memilih pakej umrah.
“KAFS Travel and Tours menawarkan harga mampu umrah bermula RM6,990 sahaja bagi memberi peluang kepada masyarakat menunaikan ibadah disamping dapat mencapai ‘Umrah yang Selesa, Ibadah yang Sempurna’,” katanya. – UTUSAN