Aiskrim Deenos semakin mendapat sambutan - Utusan Malaysia

Aiskrim Deenos semakin mendapat sambutan

muhammad Ubai Shaharuddin menjalankan perniagaan aiskrim batang bersama ibunya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jualan aiskrim batang keluaran syarikat Deenos Enterprise meningkat tiga kali ganda sebulan selepas memperoleh sijil halal daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (Jheains) pada Ogos 2024.

Pengurus Deenos Enterprise, Muhammad Ubai Shahruddin, 28, berkata, permohonan sijil halal pada Februari 20204 itu kini mula mendapat sambutan baik dan permintaan untuk catering dan runcit makin meningkat.

“Bagi meningkatkan kepercayaan pelanggan, produk kami mempunyai pensijilan halal segala bahan mentah dan Prosedur Operasi Standard (SOP) pemprosesan lebih rapi dan sistematik.

“Oleh itu, kepercayaan dan jumlah pelanggan juga bertambah bagi membolehkan produk ini terus ke pasaran yang lebih luas secara runcit ke kedai, kafe, pam petrol dan restoran,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau yang menjalankan perniagaan bersama ibunya, pemilik Deenos Enterprise, Noraini Osman, 61, berkata, aiskrim batang yang dihasilkan berasaskan susu, whipping cream (krim putar) juga tidak menggunakan sebarang perasa tiruan untuk mendapatkan rasa yang asli.

“Kami menggunakan gula perang untuk rasa manis yang sesuai untuk semua peringkat usia tidak kira kanak-kanak, orang muda atau warga yang berusia.

“Setakat Disember 2024 sebanyak 79,000 batang secara kiraan kasar malah jumlah lebih lagi dari itu yang telah terjual melalui event, catering dan reruai (popup booth) di City Park, Seremban 2,” katanya.

Jelas Muhammad Ubai, aiskrim yang dijual pada harga sekitar RM4.50 hingga RM5.50 untuk sebatang dengan jumlah isipadu 80 mililiter (ml) untuk harga runcitl dan RM3.00 hingga 3.90 sebatang untuk harga katering dengan minima kuantiti yang ditetapkan.

“Selain itu, kami turut menyediakan pakej catering bermula serendah RM390 untuk 100 batang, RM1,050 untuk 300 batang dan RM1,500 untuk 500 batang serta boleh campur sehingga empat perisa pilihan,” katanya yang turut bergerak secara atas talian untuk tempahan rumah ke rumah, majlis dan katering sekitar seluruh Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka.

Dia turut menasihatkan kepada peniaga diluar sana untuk memohon pensijilan halal lebih-lebih lagi kepada yang mempunyai premis makanan dan produk makanan atau minuman.

“Ini bukan sahaja soal bahan mentah yang halal tetapi carta aliran pemprosesan yang lebih bersih dan ada standard yang sistematik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya