Savvy @ Riana Dutamas tawar gaya hidup bandar elegan - Utusan Malaysia

Savvy @ Riana Dutamas tawar gaya hidup bandar elegan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAVVY @ Riana Dutamas yang dibangunkan oleh IJM Land dan FCW Holdings Berhad, meraikan pencapaian penting apabila projek kediaman servis itu telah siap lebih awal daripada jadual dan kini bersedia untuk penyerahan pemilikan kosong kepada pemilik.

Terletak strategik di kawasan pesat berkembang, Segambut dan berhampiran dengan Bukit Kiara dan Solaris, hartanah pegangan bebas ini menawarkan gaya hidup bandar elegan serta potensi pelaburan yang menguntungkan.

Savvy @ Riana Dutamas yang dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM590 juta ini dibangunkan di atas tanah berstatus perdana berkeluasan 2.04 hektar.

Pengurus Besar IJM Land, Datuk Chai Kian Soon berkata, Savvy @ Riana Dutamas menawarkan keseimbangan sempurna antara kehidupan di bandar dan kediaman yang menenangkan.

“Visi kami adalah untuk mewujudkan pembangunan yang memenuhi keperluan semua generasi, sama ada mereka yang mencari gaya hidup dinamik di bandar atau untuk tujuan pelaburan bijak.

“Lokasi strategiknya di Segambut dan penekanan kepada ruang komuniti interaktif, Savvy menawarkan gaya hidup bandar yang optimum serta menyambut kepulangan anda dengan penuh ketenangan,” katanya dalam kenyataan.

Pembangunan ini turut menerima persijilan berprestij GreenRE Bronze yang mengiktiraf ciri-ciri kelestariannya dengan penilaian QLASSIC mengagumkan mencapai 85 peratus, sekali gus mencerminkan kualiti tinggi pembinaannya.

Lebih menarik lagi, mural-mural indah hasil karya artis tempatan menghiasi ruang komuniti, satu pendekatan yang menyokong seni tempatan dan menambah sentuhan artistik yang memukau.

Pembangunan ini menawarkan 921 unit apartmen servis elegan dengan harga bermula dari RM454,000.

“Kediaman ini tampil dengan pelbagai pilihan susun atur, dari unit selesa berkeluasan dari 722 kaki persegi (dua bilik tidur) hinggalah unit lebih luas berkeluasan 1,232 kaki persegi (tiga bilik tidur dengan studio dual-key), sesuai untuk profesional muda dan keluarga generasi berbilang.

“Setiap unit juga dilengkapi dengan kemudahan dua hingga tiga tempat letak kereta, memastikan akses kepada kemudahan yang mencukupi untuk penduduk,” ujarnya.

Tambahnya, reka bentuk bangunan bersepadu antara Menara A dan B yang bersambung menerusi jambatan pusat, menyemarakkan interaksi antara penduduk.

Taman pusat di aras bawah pula menawarkan ruang hijau yang tenang untuk penghuni bersantai dan bersosial.

“Pendekatan yang diketengahkan menerusi reka bentuk seni bina inovatif ini mewujudkan keharmonian antara kehidupan komuniti dan privasi,” jelasnya.

Penduduk di Savvy @ Riana Dutamas juga menikmati akses lancar ke Solaris Dutamas, Bukit Kiara dan KL Metropolis, dengan lebuh raya utama seperti Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) pula menyediakan akses mudah ke Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya