Jualan Bakeri Sedapnya naik 15 peratus selepas peroleh sijil halal - Utusan Malaysia

Jualan Bakeri Sedapnya naik 15 peratus selepas peroleh sijil halal

FATIHAH mengusahakan Bakeri Sedapnya di Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Pengusaha Bakeri Sedapnya mengalami peningkatan jualan sehingga 15 peratus selepas memperoleh pensijilan halal yang telah diluluskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan (Jheains) pada Jun 2024.

Fathihah Mizar Azmi, 34 berkata, produknya kini, telah terjual sehingga ke Dubai, Singapura dan Indonesia.

“Saya mendapati bahawa pelanggan saya lebih yakin dengan produk yang dihasilkan di Ohsedapnya walaupun kebanyakan bahan mentah yang digunakan adalah diimport dari luar negara.

“Sebagai seorang pengusaha perniagaan beragama Islam, para pembeli sememangnya mempercayai produk hasil air tangan saya namun dengan adanya pensijilan halal yang diperolehi, keyakinan mereka semakin bertambah, sekali gus meningkatkan jumlah penjualan produk saya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Fatihah menjalankankan perniagaan di Pekan Kuala Pilah itu berkata, dia menjalankan perniagaan kek, manisan dan biskut bermula dari anggaran RM80 untuk 800 gram sehingga RM200 untuk 2.5 kilogram (kg) beserta dekorasi manakala biskut pula berharga RM30 untuk 200 gram.

“Saya menjual kek potong dan manisan secara mingguan, selain menerima tempahan kek bertema untuk pelbagai acara.

“Dalam seminggu, saya mampu mencatatkan jualan melebihi 100 keping kek potong dan lebih 500 unit manisan. Kebanyakan pelanggan membeli kek dan manisan untuk majlis keraian seperti sambutan hari lahir, jamuan di pejabat dan sekolah, majlis pertunangan dan perkahwinan,” katanya.

Fatihah memulakan perniagaan ini dari rumah sejak tahun 2014 dan penghujung 2019, dia mengembangkan perniagaan dengan membuka sebuah studio bakeri yang dibina di atas tanah milik keluarga berdekatan rumah di Kampung Parit, Pekan Kuala Pilah.

“Ketika ini, perniagaan saya dibantu oleh dua orang kakitangan. Saya hanya melantik ejen jualan pada musim perayaan untuk membantu memasarkan kuih-muih raya dan hamper raya juga,” katanya.

Fatihah turut memaklumkan pensijilan halal merupakan salah satu usaha penting bagi memastikan kebersihan dan keselamatan bahan mentah yang digunakan dalam perniagaan.

“Selain itu, halal juga turut mendidik kita dalam menguruskan perniagaan terutamanya dalam industri makanan. Hal ini supaya dijalankan dalam persekitaran yang bersih dan teratur. Saya amat menggalakkan rakan-rakan peniaga di luar sana untuk memohon pensijilan halal dalam perniagaan mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya