Sunway Construction diunjur capai sasaran penambahan buku pesanan RM5 bilion tahun ini - Utusan Malaysia

Sunway Construction diunjur capai sasaran penambahan buku pesanan RM5 bilion tahun ini

jangkaan penambahan buku pesanan Sunway Construction berikutan buku pesanan tertunggak yang memberikan pendapatan kukuh sehingga 2026. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MIDF Amanah Investment Bank Berhad (MIDF) kekal optimis terhadap prospek Sunway Construction Bhd. (Sunway Construction), meramalkan buku pesanan kumpulan mampu mencapai sasaran penambahan sebanyak RM5 bilion pada tahun kewangan 2024.

Bank pelaburan berkata, jangkaan tersebut berdasarkan buku pesanan tertunggak Sunway Construction pada September 2024 pada RM7.07 bilion, memberikan keterlihatan pendapatan yang kukuh sehingga tahun kewangan 2026.

“Keuntungan bersih Sunway Construction pada suku ketiga tahun kewangan 2024 sebanyak RM44.1 juta sejajar dengan anggaran tahunan kami dan konsensus kami, masing-masing memenuhi 64.5 peratus dan 66 peratus.

“Kami menjangkakan kemajuan pengebilan Sunway Construction akan lebih kukuh pada suku keempat, didorong oleh pembinaan pusat datanya,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

MIDF juga mengunjurkan margin untung bersh kumpulan kekal stabil dan terus meningkat pada suku akan datang dibantu oleh kesan rasionalisasi diesel pada paras minimum, harga simen yang stabil dan harga bar keluli yang lebih rendah.

“Perancangan projek Sunway Construction dijangka kekal sihat dan seterusnya menjadi antara penerima utama dalam kedua-dua pekerjaan pembinaan swasta dan awam.

“Sunway Construction kini menguruskan lima projek pusat data yang bakal memacu pertumbuhan pusat data di negara ini dengan lebih banyak pekerjaan pembinaan dijangka berlangsung pada masa hadapan,” ujarnya.

Sementara itu, MIDF menge­kalkan saranan ‘neutral’ terhadap syarikat dengan harga sasaran (TP) sebanyak RM4.46 sesaham, berdasarkan pendapatan sesaham (EPS) tahun kewangan 2025 pada 18.6 sen dengan nisbah pendapatan harga (PER) 24 kali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya