London Pavilion, projek ikonik baharu Bayan Lepas - Utusan Malaysia

London Pavilion, projek ikonik baharu Bayan Lepas

LONDON Pavilion dilengkapi kolam renang infiniti yang menjadi titik tambah projek berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUMPULAN M Summit menawarkan pembangunan perumahan harga berpatutan terbaharu, London Pavilion yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Pembangunan starategik itu dibina berhampiran pelbagai kawasan strategik seperti mempunyai jajaran ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas.

Turut dalam perancangan, laluan LRT pertama Pulau Pinang (Laluan Mutiara) akan melalui kawasan London Pavilion dan Pulau Silikon yang terletak berhampiran.

Tergolong dalam kategori pembangunan perumahan berketumpatan rendah, London Pavillion dibangunkan dengan hanya 17 unit dengan saiz setiap tingkat dan 527 unit kedaiman rekaan moden secara keseluruhan.

Dengan saiz 982 kaki persegi, setiap unit memastikan privasi sambil memupuk semangat kejiranan yang bakal menjadikan kedaiman itu pilihan terbaik bagi mereka yang mengutamakan keseimbangan antara kehidupan peribadi dan kerja.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan M Summit, Datuk Albert Moh berkata, pembangunan itu menjanjikan unit taman yang menjadi rebutan ramai di mana penghuni mempunyai akses secara terus kepada kolam infiniti dan ruang tanaman persendirian seakan di atas langit.

“Melalui penerapan ciri reka bentuk moden di setiap unit, ruang tamu dan ruang makan terbuka memberikan pemandangan panorama yang menakjubkan dengan aliran udara semula jadi yang baik.

“Terdapat juga ruang bilik tidur dalam konfigurasi linear dengan balkoni yang strategik. Susunan ini memaksimumkan pandangan luar dan memastikan privasi serta memberikan keselesaan kepada setiap penghuni.

“Projek itu adalah selaras dengan seruan kerajaan untuk membina lebih banyak rumah dengan harga berpatutan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau berkata, London Pavilion merupakan satu-satunya perumahan harga berpatutan yang menawarkan gelanggang badminton dan skuash.

Turut disediakan, kawasan permainan kanak-kanak buat mereka yang mempunyai anak kecil.

“Kami juga menyediakan gim, studio tarian, dewan, astaka BBQ dan lain-lain. Ini selaras dengan arah aliran bekerja daripada rumah yang semakin terkenal dalam kalangan penghuni moden.

“Di antara objektif pembangunan ini adalah untuk menawarkan gaya hidup yang mewah dan selesa pada harga yang berpatutan,” ujarnya.

Tambah beliau, kepada warga Malaysia yang berjaya membeli perumahan ini sebelum 31 Disember 2024, terdapat hadiah wang ringgit sebanyak RM2,000 menanti.

Di samping itu, Albert berkata, London Pavilion mempunyai kawasan binaan seluas 3.9 ekar bagi memastikan kawasan kediaman dikelilingi alam sekitar dan tidak berasa terlalu sempit.

“Sejajar dengan cogan kata London Pavilion ‘Home at Last’, projek ini diharapkan dapat memenuhi cita rasa dan keperluan perumahan penduduk Pulau Pinang.

“Mempunyai pengalaman sebagai pemaju selama 35 tahun dan menerima pelbagai anugerah, saya berharap bakal pembeli meletakkan kepercayaan kumpulan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya