Jualan ‘ngonyee-ngonyee’ meningkat 30 peratus selepas terima sijil halal - Utusan Malaysia

Jualan ‘ngonyee-ngonyee’ meningkat 30 peratus selepas terima sijil halal

rashidah Jaafar menyasarkan untuk memasarkan produknya di stesen minyak selepas disahkan halal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengusaha produk makanan, Shiedah Enterprise menerima peningkatan jualan sebanyak 30 peratus iaitu mencecah RM2,000 sebulan berbanding sebelum menerima pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Jun 2023.

Pengurus syarikat, Shiedah Enterprise, Rashidah Jaafar yang menjalankan perniagaan di Kampung Sompo Tulang Rimau, Johol, Negeri Sembilan itu berkata, dia menerima pelbagai manfaat selepas mempunyai pensijilan halal.

“Salah satunya saya boleh meluaskan dan memasarkan produk saya ke stesen minyak dan beberapa lokasi lain.

“Selain itu, pembeli juga telah bertambah dan mendapat sambutan dari masa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Jelas Rashidah, antara produk makanan yang dijual iaitu Kuih siput 500 gram (g) RM18 manakala, 150g RM5, Kuih tiram 450g RM18 dan 120g RM5, Kuih gunting 500g Rm18 dan 150g RM5, Karipap kentang dan sardin (sejuk beku) 10 keping RM6 serta pau kacang, kaya atau kelapa (sejuk beku) 10 keping RM6.

Kebanyakan produk makanannya boleh dimakan dimana saja oleh pelbagai peringkat usia yang turut dikenali ‘ngonyee-ngonyee.’

“Jualan sebulan anggaran 80 Kilogram (Kg) dan setiap produk yang mempunyai dua jenis bungkusan iaitu untuk balang yang kecil dan besar yang berharga RM10 dan RM18.

“Saya juga meletakkan produk makanan di kedai-kedai makan yang berharga RM5, dibungkus dalam bekas plastik yang mudah dibuka untuk memudahkan pelanggan,” katanya.

Rashidah menambah, produk yang sentiasa mendapat tmpahan dan permintaan ialah kuih siput, kuih gunting dan kuih tiram.

“Sehingga kini, produk ini telah terjual ke semua negeri melalui ejen jualan terutama di Kuala Lumpur dan Melaka,” katanya yang kini mempunyai tujuh ejen.

Rashidah turut menasihatkan mana-mana usahawan agar memohon pensijilan halal bagi memastikan produk makanan yang dijual menerima pengiktirafan halla termasuk dari segi kebersihan.

“Saya juga berharap pensijilan halal ini akan terus diberikan kepada yang berkelayakan dan memberi bantuan kepada peniaga memulakan perniagaan serta mengembangkan perniagaan mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya