Saham2u sasar 2,000 pelanggan aktif tahun ini - Utusan Malaysia

Saham2u sasar 2,000 pelanggan aktif tahun ini

Norbik Bashah Idris (tiga dari kiri) dalam Majlis Pelancaran platform Saham2u di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sentosa Jaya Capital Sdn. Bhd. optimis lebih 2,000 pelanggan aktif akan menggunakan Saham2u, platform pembiayaan pelaburan ekuiti dalam talian yang pertama seumpamanya di Malaysia pada tahun ini.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Norbik Bashah Idris berkata, Saham2u menawarkan bayaran yuran rendah dan keuntungan serendah 0.5 peratus melalui produk pembiayaan margin saham yang inovatif dan patuh syariah.

“Sasaran ini optimis dicapai dalam tempoh dua bulan mencapai lebih 1,000 hingga 2,000 pelanggan tahun ini.

“Selain itu, daripada segi maklum balas, kami menerima sambutan yang agak baik kerana golongan muda dilihat mula melabur ke dalam pasaran saham,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Platform Saham2u menyediakan perkhidmatan kewangan, selaras dengan keperluan pelabur, khususnya beragama Islam.

Jelas beliau, Saham2u dilihat agak menarik kerana menggunakan sepenuhnya platform tersedia secara dalam talian.

“Kami juga memudahkan pelanggan yang berminat sekiranya mereka mempunyai saham dan mereka (pelanggan) tidak bankrap, mereka boleh menyertai Saham2u,” katanya.

Norbik Bashah berkata, menerusi platform tersebut pihaknya berhasrat untuk memudahkan akses pelaburan dengan menyediakan platform yang telus, mudah digunakan dan dipercayai oleh pelabur.

“Sebagai sebuah Syarikat Kewangan Kredit Komuniti dibawah seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Sentosa Jaya Capital sentiasa komited menyediakan produk dan perkhidmatan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara melalui peningkatan akses kepada pembiayaan dan pelaburan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya